Friday, October 16, 2009

Pengenalan Kepada Industri Kawalan Serangga Dan Makhluk Perosak

  Mohd Shubhi       Friday, October 16, 2009

Pengenalan Kepada Industri Kawalan Serangga Dan Makhluk Perosak.
Industri ini terbahagi kepada 2 bahagian besar.
1.       Kawalan serangga dan makhluk perosak dalam industri pertanian.
2.       Kawalan serangga dan makhluk perosak di kawasan penempatan.
Industri kawalan serangga dan makhluk perosak untuk bidang pertanian merupakan satu industri yang amat besar berbanding kawalan serangga dan makhluk perosak untuk penempatan. Ia melibatkan pelaburan dalam penyelidikan berbillion-billion ringgit untuk mengenal pasti kaedah dan bahan yang dapat mengawal serangan serangga dan makhluk perosak terhadap pertanian dan hasil pertanian. Dengan mengawal kerosakan akibat serangan mereka, hasil pertanian dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.
Walaubagaimanapun saya tidak bermaksud untuk menyentuh bidang kawalan serangga dan makhluk perosak dalam industri pertanian dalam penulisan ini.
Industri Kawalan Pes Perkotaan (Urban Pest Control)
Sektor kedua iaitu kawalan serangga dan makhluk perosak di kawasan penempatan manusia merupakan satu industri yang amat penting yang melibatkan penjagaan kesihatan, keselamatan dan menghalang kesorakan harta benda.
Dalam bahasa inggeris kita menamakannya “Urban Pest” di mana Urban bermaksud Kota, Pekan atau Bandar manakala Pest tidak mempunyai satu istilah dalam satu perkataan yang tepat dalam bahasa Malaysia.
Pest dalam bahasa Indonesia telah dipinjamkan menjadi Pes yang bermakna sesuatu yang tidak diingini dan mengganggu. Ini bermakna Pes merangkumi apa sahaja yang mengganggu dan tidak diingini seperti serangga, binatang, rumput rampai dan lain-lain.
Data tahun 1998 meninjukkan seramai 2.5 bilion penduduk dunia bertumpu di kawasan perkotaan (Pekan) aiatu mewakili sebanyak 45% dari penduduk Dunia dan adalah dijangka peratus tersebut bakal meningkat kepada 57%.
Akibat daripada perubahan demografik di mana kadar kematian ketika lahir yang rendah juga jangka hayat kehidupan yang semakin panjang dan juga penghijrahan, populasi penduduk yang mendiami kawasan pekan bertambah dari tahun ke tahun. Ramai penduduk yang berhijrah ke pekan atau bandar untuk mencari peluang pekerjaan akhirnya akan membina keluarga di sana yang memesatkan lagi pertambahan populasi di kota.
Pertambahan populasi yang ketara ini tidak seiring dengan penambah baikan prasarana seperti perumahan, air, elektrik, pengangkutan, sistem perairan, sistem pembuangan sampah dan sebagainya yang mengundang banyak masalah terutamanya masalah pes pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat, tikus, semut, dan lain-lain.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pengenalan Kepada Industri Kawalan Serangga Dan Makhluk Perosak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment