Tuesday, March 9, 2010

Tujuh lagi kawasan panas denggi dikesan di Kuala Lumpur

  Mohd Shubhi       Tuesday, March 9, 2010

KUALA LUMPUR 9 Mac – Tujuh lagi kawasan panas denggi dikesan di sekitar ibu kota, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Pengurus Komunikasi Korporat DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, kawasan itu ialah

  1. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, 
  2. PPR Desa Tun Razak, 
  3. Taman Setapak Jaya (Jalan Rejang 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10) dan 
  4. PPR Air Panas.
  5. Keramat Wangsa (Kelumpuk Kuang, Kelumpuk Teratai, Menara Merak Kayangan), 
  6. Bandar Baru Sentul (Menara Orkid) dan 
  7. Flat Sri Selangor.

Anwar berkata, kesemua kawasan itu mencatatkan tempoh wabak berpanjangan selama 30 hari. Tiada kes kematian dilaporkan.

"Pasukan pemantauan DBKL telah melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan mendapati kebanyakan penghuni kawasan terbabit mengabaikan penjagaan kebersihan yang boleh meningkatkan risiko denggi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 4 Mac lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, Selangor mencatat jumlah kawasan panas denggi paling banyak iaitu 36 kawasan dan 31 kes kematian direkod bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini. – Bernama
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tujuh lagi kawasan panas denggi dikesan di Kuala Lumpur

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment