Tuesday, August 17, 2010

Racun Makhluk Perosak

Posted by   on

Lipas akan mati hanya dengan jumlah racun yang
amat sedikit.

Racun makhluk perosak di Malaysia adalah bahan kawalan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Pindaan 2004). Ini membuatkan segala bahan yang berupa racun makhluk perosak tidak boleh dijual atau disimpan dengan sewenang-wenangnya.

Terdapat beberapa undang-undang lain lagi yang mengawal racun makhluk perosak di negara kita, ini termasuklah:

  1. Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 (Pindaan !995)
  2. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Pindaan 1985 dan 1996)
  3. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  4. Akta (Pewasapan) Hidrogen Sianida 1953 (Semakan 1981)


Dengan adanya berbagai akta bagi mengawal Racun Makhluk Perosak tersebut di atas, kita dapat melihat betapa kerajaan memandang serius terhadap penggunaan racun makhluk perosak ini. Kawalan amat perlu bagi memelihara keselamatan pengguna, manusia atau haiwan sekeliling dan juga alam sekitar.

Racun Makhluk Perosak diklasifikasikan kepada 5 peringkat berdasarkan tahap kemudaratannya kepada pengguna :


Kelas
Warna Pada Label
Amaran
Ia
Hitam
TERSANGAT BERACUN (Disertai lambing tengkorak dan tulang bersilang)
Ib
Merah
SANGAT BERACUN (Disertai lambing tengkorak dan tulang bersilang)
II
Kuning
BERACUN
III
Biru
BERBAHAYA
IV
Tiada
Tiada


Label racun Kelas IV yang biasa kita gunakan
Tentu kita pernah membeli racun serangga untuk kegunaan rumah dari kedai runcit atau pasaraya bagi mengatasi masalah seperti nyamuk, lipas atau semut di rumah. Jika kita perhatikan betul-betul pada label di sebelah bawah bekas racun serangga tersebut ada tercatit tahap merbahaya racun yang kita beli itu sebagai Kelas IV.

Ia merupakan tahap yang paling ringan atau kurang merbahawa kepada pengguna, namun perlu diingat bahawa racun tetap racun dan perlu digunakan dengan berhati-hati.

Perkara asas yang paling utama sekali demi menjaga keselamatan kita, sebelum kita menggunakan atau membeli sebarang racun ialah pastikan racun tersebut telah berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Paling merbahaya
Racun berdaftar wajib mempamerkan No. Pendaftaran racun tersebut pada label bekas atau bungkusan racun seperti berikut:

No. Pendaftaran: LRMP. R9/9999

Semua racun yang berdaftar akan mempunyai maklumat yang terperinci yang perlu dibaca sertai diketahui oleh para pengguna. Maklumat yang perlu ada ialah:

  1. Nama syarikat atau proprietari
  2. Formulasi Racun
  3. Kegunaan racun
  4. Kandungan bersih
  5. Kenyataan bahan
  6. Nama bahan aktif, bahan lengai berserta peratusan
  7. Maklumat tanda keracunan serta pertolongan cemas atau rawatan
  8. Nama dan alamat syarikat yang mendaftar
  9. Tarikh pembuatan
  10. No pendaftaran
  11. Kelas atau tahap bahaya
  12. jalur warna
  13. Kenyataan amaran
  14. Cara penggunaan
  15. Kenyataan tentang thao kekal sisa
  16. Cara pembuangan bekas
Dengan memahami segala maklumat racun, kita dapat mengelakkan kesan sampingan yang memudaratkan apabila kita menggunakannya.

Secara ringkasnya racun mamasuki badan melalui 4 cara berikut:
  1.  Menerusi Kulit - elakkan racun dari terpercik pada permukaan kulit kita.
  2. Menerusi Mulut - elakkan menyimpan racun di dalam bekas makanan atau bersama dengan tempat menyimpan makanan. Jangan memegang makanan selepas menggunakan racun.
  3. Menerusi Hidung - Pastikan pengaliran udara adalah baik ditempat racun digunakan, patuh arahan label untuk memakai penutup hidung jika ada.
  4. Menerusi Mata - Racun yang memasuki mata boleh menyebabkan buta atau kematian, pastikan anda melindungi mata anda dari racun. Jangan menggosok mata dengan tangan anda selepas menggunakan racun.
Berhati-hati dengan racun serangga yang tidak berdaftar.
Bahan yang digunakan mungkin dapat membunuh serangga
dan juga manusia sekali gus.
Sebagai pengguna yang perihatin, kita akan amat berhati-hati dalam pengurusan racun. Jadi pastikan kita tidak membeli racun yang tidak berdaftar sepertimana yang banyak terjual di pasar-pasar malam atau di tepi-tepi jalan. Kita tidak tahu apa kandungan yang dimasukkan ke dalam rcun-racun tersebut dan tahap merbahayanya kepada manusia. Jalan yang lebih selamat adalah dengan mengelakkan diri dari membelinya.

No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new pest control offer for Shah Alam Residents. You'll like it - Easelife Services
Join Our Newsletter