Wednesday, September 29, 2010

Teknologi Umpan Semakin Popular Ganti Racun Anai-Anai Di China

  Ano Nyme       Wednesday, September 29, 2010
Teknologi pengumpanan bagi mengawal serangan anai-anai sudah lama diperkenalkan di Malaysia dan ia semakin popular bagi menggantikan teknik menggerudi lantai dan menyuntik bahan kimia pembunuh anai-anai. Namun tennik umpan ini kosnya adalah lebih tinggi sedikit berbanding teknik penggerudian.

Walaubagaimanapun atas kesedaran orang ramai terhadap kepentingan memelihara alam sekitar, sistem umpan semakin mengambil tempat di pasaran. Begitu juga di negara China yang penggunaan racun anai-anai berasaskan Chlordane masih popular walaupun ianya telah di haramkan di kebanyakan negara.

Kini penggunaan umpan lebih popular atas faktor keselamatan dan juga keberkesanan. Uniknya teknik umpan di sana adalah dakwaan mereka ia datang bersama dengan teknologi yang menggunakan bau bagi menarik anai-anai kepada umpan yang digunakan.

Sejauh mana dakwaan bahawa anai-anai tertarik pada bau adalah sesuatu yang baru bagi saya agak lama berkecimpung dalam perkhidmatan kawalan serangga ini. Sila baca laporan dengan klik di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Teknologi Umpan Semakin Popular Ganti Racun Anai-Anai Di China

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment