Saturday, October 2, 2010

Lipas Dalam Makanan - Restoran Ravi, PJ

  Ano Nyme       Saturday, October 2, 2010
The Malay mail melaporkan aduan daripada seorang pelanggan di Restoran Ravi yang terletak di Seksyen 19 Petaling Jaya yang mendakwa dia dihidangkan makanan yang ada lipas.

Walaupun pihak retoran menafikan bahawa terdapat lipas dalam makanan yang dihidangkan tetapi ternyata mereka mengaku nahawa mereka tidak melantik sebarang syarikat kawalan serangga perosak berlesen bagi memastikan restoran mereka bebas dari serangan lipas dan serangga perosak lain.

Pihak restoran sebaliknya menyatakan apa yang ditudah sebagai lipas atau anak lipas sebenarnya adalah herba jintan yang diletakkan di dalam rempah.


Mereka juga mendakwa bahawa tiada apa yang dapat dilakukan bagi menghalang atau mengawal serangga yang berterbangan yang berkemungkinan masuk ke dalam makanan pelanggan mereka. Ini juga adalah satu kesilapan kerana terdapat berbagai cara bagi mengawal serangga yang berterbangan di kawasan restoran terutamanya di tempat makanan di hidangkan atau di ruang makan restoran.

Pihak restoran nampaknya amat yakin bahawa oleh kerana restoran mereka amat bersih makan tidak mungkin terdapat seekor lipas pun berkeliaran di dalamnya.

Itu merupakan satu dakwaan yang agak keterlaluan, saya yakin jika kami pengendali kawalan serangga perosak yang bertauliah melakukan pemeriksaan secara terperinci di seluruh kawasan restoran tersebut, sudah pasti sekumpulan lipas akan berjaya di temui.

Lipas yang kebiasaanya menyerang restoran adalah lipas Jerman yang saiznya kecil kira-kira 1.5 cm panjang yang kebiasaan kita tersilap menganggap sebagai anak lipas sedangkan ianya merupakan lipas Jerman dewasa.

Lihat laporan dari the malay mail.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lipas Dalam Makanan - Restoran Ravi, PJ

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment