Friday, February 11, 2011

Teknik Mengawal Tikus - Siri 1

  Mohd Shubhi       Friday, February 11, 2011
Garis panduan asas untuk kawalan tikus adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan kehadiran tikus
  2. Kebersihan
  3. Menghalang tikus masuk
  4. Menghapus tikus dengan:
    1. Perangkap
    2. Racus Tikus
Jika kita mengamalkan hanya salah satu dari panduan 2,3 atau 4 di atas sahaja, kita menyelesaikan sebahagian dari maslah serangan tikus. Walau bagaimanampun, pengawalan tikus dengan gabungan kesemua panduan di atas mampu mengawal tikus secara jangka panjang.

Sebenarnya kerja kawalan tikus yang menyerang rumah atau tempat penginapan kita merupakan satu kerja yang mudah dan ringkas. Kerja ini menjadi amat rumit dan memerlukan kepakaran yang tinggi apabila kita berurusan dengan tempat atau kawasan yang besar seperti dalam kilang makanan, gudang, dan lain-lain tempat yang sensitif.

Kawalan tikus yang baik dan berkesan sentiasa bermula dengan menjalankan pemeriksaan terhadap kehadiran tikus. Kita perlu mengenal pasti tanda-tanda kehadiran tikus melalui cara-cara berikut:
  1. Kehadiran najis tikus - dengan memerhatikan najis tikus kita dapat mengenal pasti jenis tikus yang telah menyerang rumah kita (rujuk artikel sebelum ini)
  2. tanda-tanda tapak kaki tikus - Tikus akan meninggalkan kesan tapak kakinya pada kawasan yang berdebu atau lembab. Kita juga boleh menabur sedikit bedak pada kawasan yang kita syaki laluannya. Tanda ekor juga boleh dikesan terpalit pada kawasan antara dua tapak kakinya.
  3. Kesan kerosakan akibat gigitan tikus - Satu tabiat tikus yang menyusahkan manusia ialah kegemarannya menggigit dan mengunyah. Tikus suka menggigit bahan kayu pada penjuru pintu, hujung lantai, siling, dinding dan lain-lain. Dia juga sering menggigit dan mengunyah sabun di bilik air. Ini merupakan tabiat aslinya dan bukanlah seperti kepercayaan ramai orang yang tikus suka membalas dendam.
  4. Lubang sarang tikus - Boleh dikesan di tepian longkang, tepi dinding rumah sebelah luar. Cuba taburkan sampah pada lubang itu dan lihat keesokan harinya samada ia bersih semula.
  5. Kesan laluan atau highway tikus - Tikus sering menggunakan jalan yang sama. Ini membuatkan sepanjang laluan tersebut terdapat kesan kotor, kesan air serta najis dan juga bau air kencing.
  6. Kesan-kesan berminyak - Kesan berminyak daripada badan tikus yang kotor juga akan jelas kelihatan berdekatan dengan kawasan laluannya.
  7. Kesan-kesan air kencing tikus - Kesan air kencing boleh dilihat bercahaya dengan menggunakan lampu ultraviolet. Kesan-kesan ini akan terdapat sepanjang laluannya dan juga pada kawasan berhampiran dengannya. Juga kita boleh mengesan makanan yang tercemar dengan air kencing tikus dengan cara ini.
  8. Terlihat tikus itu sendiri samada hidup atau mati - Terserempak dengan tikus di dalam rumah kita adalah cara yang pasti menunjukkan ada tikus di situ.
  9. Bunyi tikus - Cuba amati bunyi tikus, bunyi dia berlari atau bunyi anak-anak tikus.
  10. Bau tikus yang hamis - Bau busuk dan hamis amat jelas menunjukkan wujudnya serangan tikus di rumah kita.
Kita akan sambung lagi dengan garis panduan kebersihan dalam mengawal tikus selepas ini.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Teknik Mengawal Tikus - Siri 1

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. thank for that info-http://zaimzero.blogspot.com/2011/03/rihanna-whats-my-name-ft-drake.html

    ReplyDelete