Wednesday, July 13, 2011

Bagaimana Anda Tahu Samada Syarikat Pest Control Itu Berkelayakan - Siri 1

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 13, 2011
Sekarang ini terdapat banyak syarikat kawalan serangga yang tumbuh macam cendawan selepas hujan di segenap pusat bandar. Daripada maklumat yang saya dapat terdapat lebih daripada 600 syarikat pest control di negara kita dan berkemungkinan lebih daripada itu adalah tinggi.

Persoalannya adalah bagaimana dan apakah perkara pertama yang perlu kita selidiki terhadap syarikat tersebut untuk memastikan bahawa mereka berkelayakan untuk menyelesaikan masalah serangga dan makhluk perosak kita.

Perkara pertama yang perlu anda tanya pada mana-mana syarikat yang mahu menawarkan khidmatnya pada anda adalah, apakah syarikat tersebut mempunyai lesen pengendali kawalan makhluk perosak. Jika jawapannya adalah ya, mintalah no pendaftaran syarikat tersebut sebagai maklumat untuk anda simpan jika ada sesuatu yang anda tidak berpuas hati.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana Anda Tahu Samada Syarikat Pest Control Itu Berkelayakan - Siri 1

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment