Sunday, July 10, 2011

Bagaimana Mengawal Lalat Di Rumah Kita

  Mohd Shubhi       Sunday, July 10, 2011
Bagi mereka yang tinggal di kawasan banyak lalat tentu ingin tahu bagaimana mengawal Lalat di rumah.

Populasi lalat rumah akan bertambah atau berkurang mengikut waktu-waktu tertentu sepanjang tahun.

Kebiasannya di negara kita populasinya bertambah apabila musim hujan yang membuatkan kawasan pembuangan sampah atau kawasan penternakan binatang seperti ayam atau khinzir menjadi amat sesuai untuk pembiakan lalat.

Lalat rumah biasanya lebih gemar menjadikan bahan cecair yang manis seperti susu, gula atau madu sebagai bahan makanannya. mereka juga amat tertarik kepada bahan sisa buangan seperti udang atau ikan.

Menghapuskan lalat secara total adalah sesuatu yang hampir mustahil, namun kawalan lalat boleh dilakukan dan dapat lalat dapat dikurangkan dengan menggunakan pendekatan yang bersepadu.

Berikut bagaimana mengawal lalat di rumah dengan cara yang mudah dan berkesan


Kita perlu mengawal lalat dengan cara yang proaktif. Jadikan keadaan rumah kita sebagai persekitaran yang tidak kondusif untuk lalat berkumpul mencari makan dan membiak

Ia dapat dilakukan dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut di bawah:

Menjaga kebersihan dan juga menghapuskan punca makanan lalat

Dengan penjagaan kebersihan yang sempurna, ia secara lansung menghilangkan punca makanan lalat. Pengurusan sampah dan bahan buangan yang baik juga membuatkan lalat hilang punca makanan.

Rajinlah membasuh dan mengeringkan makanan atau minuman yang tertumpah dan pastikan semua bahan buangan anda tertutup dengan kemas dan rapi.

Mengawal habitat

Jika anda mempunyai kandang binatang peliharaan, anda boleh pastikan najis serta bahan buangan haiwan sentiasa kering.

Satu cara mengeringkan najis haiwan adalah dengan menaburkannya dengan serbuk kayu. Ini membuatkan lalat tidak dapat membiak pada kawasan najis atau bahan buangan tersebut.

Sistem perairan yang baik di kawasan membuang sampah atau kandang haiwan peliharaan juga amat penting agar kawasan tersebut sentiasa kering dan tidak sesuai untuk pembiakan lalat.

Mengawal lalat di rumah dengan lebih agresif

Selain daripada cara proaktif yang disebutkan di atas, kita juga perlu mangawal lalal di rumah dengan menghalangnya masuk ke premis atau membunuhnya. Berikut beberapa cara yang boleh membantu.

Membuat halangan.

Lalat masuk ke dalam rumah atau premis kita melalui bukaan seperti tingkap, pintu, atau lain-lain. Dengan memasang hadangan seperti jaring dapat menghalang kemasukan lalat.

Untuk bukaan yang sering kita gunakan, memasang langsir seperti jaringan manik atau yang seumpama dengannya dapat menghalang kemasukan lalat ke dalam rumah.

Jika kita ada membela ayam di dalam reban, kita perlu menutup bahagian bawah reban dengan jaring bagi menghalang lalat masuk ke kawasan najis ayam tersebut.

Jika kita ada menyimpan baja untuk tanaman kita, pastikan baja sentiasa ditutup dan di simpan pada kawasan yang kering.

Kawasan di mana baja ditaburkan hendaklah ditutp dengan menggunakan lembaran plastik. Ini dapat menghalang pembiakan lalat.

Mengadakan perangkap

Untuk menarik lalat pada perangkap yang kita pasang, kita perlu meletakkan sesuatu bagi menarik perhatian lalat. Jika di rumah benda mudah bagi menarik lalat datang adalah dengan menggunaka sirup, susu, yis, udang, atau kepala ikan.

Perangkap yang paling mudah adalah dengan menggunakan gam. Kita boleh sapukan gam pada lembaran kad yang tebal dan letakkan pada kawasan yang banyak lalat. Kad yang sudah tersedia dengan gam khas untuk perangkap lalat juga ada banyak dijual di pasaraya.

Anda boleh juga membuat perangkap mudah sendiri dengan menggunakan bekas atau balang yang dimasukkan dengan bahan penarik lalat yang disebutkan tadi.

Gunakan lembaran plastik yang ditebuk beberapa lubang yang cukup untuk dibolosi oleh lalat. Bentukkan lembaran plastik tersebut dalam bentuk kon dan lekatkan ia. Selepas itu letakkan kon tersebut pada balang yang diisi dengan bahan penarik lalat. 

Menggunakan bahan kimia

Penggunaan bahan kimia kadangkala lebih digemari kerana sifat tindakan segeranya bagi membunuh lalat.
Walau bagaimanapun penggunaan bahan kimia adalah tidak baik untuk jangka panjang. lalat mampu menyesuaikan dirinya selepas terbiasa dengan sesuatu bahan kimia dan membentuk ketahanan terhadap bahan kimia tersebut.

Terdapat berbagai bahan kimia semburan aerosol untuk membunuh lalat dijual di pasaraya yang boleh kita gunakan.
Apa yang lebih penting bagi memastikan kawalan yang baik terhadap lalat adalah dengan memelihara kebersihan kawasan rumah kita.

Dengan suasana rumah yang bersih dan sentiasa kering, kita sebenarnya telah menyelesaikan sebahagian daripada masalah lalat dirumah kita.

Oleh itu permulaan terbaik mengawal lalat di rumah kita adalah dengan memastikan kita menjaga kebersihan rumah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana Mengawal Lalat Di Rumah Kita

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. salam, macam mana nak halang lalat sampah dari memasuki premis perniagaan makanan? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. halangjelah panggil polis cakap ade penceroboh

      Delete