Tuesday, August 30, 2011

Kembar Meninggal Akibat Lemas Terhidu Bahan Kimia Racun Serangga Perosak

  Ano Nyme       Tuesday, August 30, 2011
Pune, India. 2 orang wanita berumur 54 tahun yang tidak berkahwin meninggal dunia setelah mereka pulang ke rumah mereka yang baru dibuat rawatan serangga perosak. Mereka sebelum itu menumpang sebentar di rumah saudara untuk membenarkan aktiviti kawalan serangga perosak dilakukan dirumah mereka.

Setelah semburan dilakukan mereka pulang kerumah pada malamnya dan terus tidur tanpa melakukan pengudaraan yang secukupnya di dalam rumah tersebut. Pada waktu paginya, penghantar susu mengesaki sesuatu yang tidak kena lalu mendapatkan pertolongan dari kejiranan. Bomba yang datang membuka rumah tersebut terhidu bau gas yang kuat keluar dari dalam rumah itu.

Laporan mengesahkan mereka mati disebabkan lemas terhidu gas racun serangga perosak. Walau bagaimana pun tidak ada laporan terperinci tentang gas atau bahan kimia apa yang digunakan. Ada laporan mengatakan syarikat pest control melakukan aktiviti fumigasi bagi membunuh pepijat di rumah tersebut. Baca laporannya di sini.

Pastikan anda tahu racun apa yang digunakan dan memahami langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil dalam menggunakan bahan tersebut.

[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kembar Meninggal Akibat Lemas Terhidu Bahan Kimia Racun Serangga Perosak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment