Tuesday, August 9, 2011

Kerana Spray Racun Serangga, AirFrance Didenda Bayar Euro50,000 Pada Penumpangnya

  Mohd Shubhi       Tuesday, August 9, 2011
Ini merupakan kes yang pertama di dunia di mana seorang penumpang kapal terbang berjaya dalam samannya terhadap syarikat AirFrance yang telah menyebabkannya sakit teruk ketika menaiki pesawat syarikat itu akibat semburan racun serangga.

James Lapham, 46 tahun menghidap masalah lelah. Ketika perjalananya dari Rabat ke Dublin, seorang krew penerbangan telah menyembur 'permethrin' di kabin sebagai langkah kawalan serangga pesrosak dan juga sebaran penyakit. Tapi bau racun itu telah menyebabkan James Lapham terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan. Baca laporannya di sini.

Permethrin merupakan bahan aktif racun serangga yang biasa terdapat dalam tin aerosol yang sering kita beli di pasaraya-pasaraya bagi menyembur nyamuk atau lipas atau semut. Walaupun WHO mengklafikasikannya sebagai selamat, negara Amerika melarang penggunaannya dalam penerbangan kerana khuatir kesa kanser.

[Iklan: "PestSciences menyediakan perkhidmatan Pest Control secara profesional bagi menyelesaikan masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite inspection) secara percuma kepada mereka yang risau samada bangunannya diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com"]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kerana Spray Racun Serangga, AirFrance Didenda Bayar Euro50,000 Pada Penumpangnya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment