Wednesday, August 17, 2011

Penebat Haba & Bunyi Yang Juga Mengawal Serangga Perosak - Green Tech

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 17, 2011
Bagi negara yang mempunyai 4 musim, rekabentuk rumah perlu disesuaikan dengan suasana cuaca sejuk yang biasanya melanda setiap kali datangnya musim sejuk.

Antara perkara yang paling penting dalam rekabentuk sesebuah rumah adalah sistem penebat yang baik yang mampu menyimpan haba dan sekali gus dapat menjimatkan tenaga yang digunakan untuk memanaskan serta mengekalkan suhu rumah.

Kebiasannya, kapas genting kaca akan digunakan untuk dipasang pada semua siling-siling rumah sebagai penebat haba yang juga berfungsi sebagai penebat bunyi.


Kini satu produk baru telah direka dengan menggunakan bahan kertas terbuang yang bertindak sebagai sistem penebat haba dan bunyi yang jauh lebih baik daripada kapas gentian kaca.

Keistemewaan produk baru ini adalah ia juga bertindak sebagai bahan pengawal serangga perosak seperti lipas, semut dan juga anai-anai yang biasanya bersarang dicelah-celah struktur rumah kita.

Bahan kawalan yang terdiri daripada acid borat tersebut mampu membunuh serangga perosak dan ianya adalah selamat dan tahan lama selagi penebat tersebut berada dirumah kita.

Baca laporannya di sini.

[Iklan: "PestSciences menyediakan perkhidmatan Pest Control secara profesional bagi menyelesaikan masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite inspection) secara percuma kepada mereka yang risau samada bangunannya diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com "]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Penebat Haba & Bunyi Yang Juga Mengawal Serangga Perosak - Green Tech

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment