Sunday, September 4, 2011

Burung Hantu Bengali Mengawal Serangan Tikus Di Ladang

  Mohd Shubhi       Sunday, September 4, 2011
Para pengkaji di India mendapati Burung hantu Bengali ini amat berguna untuk dijadikan sebagai binatang kawalan serangga perosak dikawasan sawah padi atau gandum. Burung hantu jenis ini menjadikan 7 daripada 13 jenis tikus diladang sebagai makanan utama mereka.

Usaha menyelamatkan burung ini daripada pupus mesti segera dijalankan bagi menjadikan kawalan tikus diladang lebih berkesan dan semula jadi. Penggunaan burung sebagai salah satu cara mengawal serangan tikus di ladang dipanggil Integrated Pest Management. Ia selamat dan mesra alam.

Malangnya Burung Hantu Bengali atau Indian Eagle Owl ini menjadi burung yang banyak cerita tahyul dikalangan rakyat India yang memburunya dengan berbagai sebab. Antara kepercayaan tahyul sebahagian dari rakyat India adalah jika ia berbunyi di atas rumah kita pada waktu malam menandakan ada orang yang akan mati.


Burung ini juga dipercayai membawa sial membuatkan ia sering diburu dan dibunuh. Ada juga kepercayaan jika burung ini dikurung dan tidak diberi makan selama beberapa hari kemudiannya dipukul, akan membuatkan ia berkata-kata seperti manusia memberitahu malapetaka atau memberi tahu di mana ada kekayaan.

Baca laporan terperinci tentang burung hantu bengali di sini


[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Burung Hantu Bengali Mengawal Serangan Tikus Di Ladang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment