Monday, September 19, 2011

Majlis Bandaran Cornwall Hentikan Khidmat Pest Control

  Mohd Shubhi       Monday, September 19, 2011
Di England, majlis perbandarannya menyediakan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak untuk orang ramai yang menghadapi masalah tersebut dan orang ramai dikenakan bayaran yang minima. Kebiasannya orang ramai mendapatkan khidmat kawalan tikus di kawasan penempatan mereka.

Tetapi baru-baru ini Majlis Bandaran di Cornwall mengumumkan bahawa khidmat tersebut akan berhenti operasi bermula pada bulan Oktober ini. Orang ramai boleh mendapatlan khidmat yang sama daripada syarikat pest control yang beroperasi di sana.

Bayaran yang dikenakan oleh syarikat swasta untuk khidmat kawalan tikus di rumah-rumah adalah sama dengan yang dikenakan oleh majlis bandaran iaitu sebanyak 43.20 pound (RM220.00). Walau bagaimanapun jika disebabkan pemberhentian khidmat tersebut akan timbul masalah, mereka akan menyambungnya semula.


Majlis Bandaran di sana memberitahu mereka bakal menjimatkan sebanyak 70,000 pound setahun dengan pemberhentian khidmat tersebut.

Di negara kita tiada khidmat seumpama itu dijalankan oleh majlis-majlis perbandaran. Majlis perbandaran hanya menjalankan khidmat kawalan seperti tikus pada kawasan di bawah seliaan mereka seperti kawasan pasar atau foodcourt awam. Itupun ia sebenarnya dijalankan oleh syarikat swasta yang berjaya mendapatkan anugerah tender yang dikeluarkan. Baca di sini

[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Majlis Bandaran Cornwall Hentikan Khidmat Pest Control

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment