Tuesday, September 27, 2011

Penjualan Racun Makhluk Perosak Dari China Di Pasaran Gelap Amerika Merisaukan

  Mohd Shubhi       Tuesday, September 27, 2011
Tangkapan seramai 12 orang yang terlibat dalam penjualan racun makhluk perosak yang tidak berdaftar di Amerika baru-baru ini membongkar keadaan sebenar penjualan di pasaran gelap racun perosak dari negara China yang kebanyakannya amat merbahaya.

Ada racun yang didapati mempunyai tahap merbahaya setinggi 60 kali lebih daripada tahap yang dibenarkan oleh undang-undang dan selain daripada mampu membunuh lipas, tikus atau lain-lain makhluk perosak ia juga mampu membunuh manusia.


Kebanyakan racun yang tidak berdaftar itu dijual secara rahsia untuk kegunaan orang ramai dan harganya yang murah dan amat berkesan untuk membunuh serangga perosak menarik minat orang ramai untuk membelinya dan melakukan rawatan serangga perosak secara sendiri.

Di Amerika antara yang terkenal adalah racun serba huna dalam bentuk kapur yang dijual dalam bekas mudah untuk ditaburkan di sekeliling kawasan yang dikenal pasti mempunyai banyak serangga perosak seperti lipas. Selain daripada murah, ia amat berkesan. Tetapi ia sebenarnya amat merbahaya bagi mereka yang tidak tahu menggunakannya terutamanya bagi kanak-kanak yang mungkin terdedah kepada racun tersebut.

Racun daripada negara China juga ada banyak dijual di negara kita sekarang ini secara meluas dan mudah du beli dan ramai yang pernah menggunakannya berpuas hati dengan keberkesanannya. Tetapi masalahnya adalah kita lansung tidak tahu apa yang diletakkan di dalam serbut itu dan apakah tahap bahayanya terhadap orang ramai.

Racun yang tidak berdaftar bermakna tidak di kawal dan itu juga membawa maksud kita tidak tahu menahu ubatnya jika terkena keracunan. banyak kes-kes keracunan berlaku sehingga pengguna terpaksa di rawat di hospital di Amerika. Walau macam manapun orang ramai masih tidak menyedari bahayanya amalan membeli racun yang tidak berdaftar ini.

Baca laporannya di sini.

Laporan lain di sini.



[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Penjualan Racun Makhluk Perosak Dari China Di Pasaran Gelap Amerika Merisaukan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment