Thursday, September 29, 2011

Serangan Lipas & Tikus Memaksa 33 Keluarga Dipindahkan Dari Rumah Mereka !

  Anonyme       Thursday, September 29, 2011
Terpaksa tinggal di hotel
33 keluarga terpaksa tinggal di hotel sementara waktu bagi membenarkan rawatan serangga dan makhluk perosak dijalankan dirumah mereka di sebuah apartmen awam di San Antonio.

Terdpat serangan lipas dan juga tikus yang teruk di mana lipas merayap di serat tempat di dalam rumah mereka dan juga tikus sering didapati mencari makan sehingga ke dalam rumah.

Masalah itu berpunca daripada tidak adanya kerjasama setiap rumah apabila pemeriksaan serangan serangga dan makhluk perosak mahu dijalankan. Tahap kebersihan setiap rumah juga menyumbang kepada serangan tersebut.


Jika sebelum ini pemeriksaan tahap serangan makhluk perosak merupakan pilihan, pihak pengurusan apartmen terpaksa menguat kuasakannya sebagai wajib sekarang memandangkan keadaan yang merisaukan penduduk di sana.

Masalah yang sama juga berlaku di negara kita di mana dalam sesebuah taman tidak semua penghuni akan berkerjasama membersihkan kawasan rumah mereka. Ini menarik serangan makhluk perosak seperti lipas, tikus dan juga nyamuk yang mana masalahnya akan merebak pada semua rumah jiran yang berhampiran.

SAHA battling mice, roaches in apartments - San Antonio Express-News:

[Iklan:][ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda.PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai.Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Serangan Lipas & Tikus Memaksa 33 Keluarga Dipindahkan Dari Rumah Mereka !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment