Thursday, September 22, 2011

Serbuan Pemeriksaan Racun Serangga Yang Tidak Dibenarkan - 12 Orang Ditangkap

  Mohd Shubhi       Thursday, September 22, 2011
Penjualan racun serangga dan makhluk perosak adalah aktiviti kawalan hampir di seluruh dunia. Ini bagi menjaga keselamatan para pengguna agar dihindari daripada kesan sampingan yang boleh merosakkan kesihatan orang ramai.

Negara kita mempunyai undang-undang kawalan racun diantara yang paling ketat di dunia. Tetapi apa yang kurang di negara kita adalah penguatkuasaan. Daripada maklumat pegawai-pegawai di jabatan pertanian, mereka menghadapi masalah kekurangan kakitangan bagi menjalankan penguatkuasaan seperti menjalankan pemeriksaan di premis jualan racun dan juga di pasar-raya atau pasar malam.


Ini membuatkan racun-racun yang didakwa amat berkesan dalam menyelesaikan masalah serangga dan makhluk perosak dijual dengan sewenang-wenangnya di serata tempat tanpa ada yang memantaunya. Orang ramai yang tidak ada pengetahuan mengenai undang-undang atau akta racun serangga dan makhluk perosak dengan mudah membeli dan menggunakan racun yang tidak di ketahui tahap merbahayanya.

Baca berita serbuan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa di Amerika dan penemuan mereka terhadap jualan racun yang tahap merbahayanya sehingga melebihi 60 kali ganda daripada yang dibenarkan. Baca sini.

[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Serbuan Pemeriksaan Racun Serangga Yang Tidak Dibenarkan - 12 Orang Ditangkap

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment