Sunday, January 29, 2012

Wajibkan Perlaksanaan Kawalan Makhluk Perosak Bersepadu Di Sekolah

  Mohd Shubhi       Sunday, January 29, 2012
Sekolah-sekolah di Oregon bakal melaksanakan pendekatan kawalan makhluk perosak secara bersepadu atau Integrated Pest Management (IPM) bagi melindungi murid-murid daripada serangan serangga dan makhluk perosak di premis persekolahan.

Undang-undang di sana telah menetapkan bermula daripada bulan Julai tahun ini, semua sekolah diwajibkan menggunakan pendekatan IPM bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosaka di kawasan sekolah.

Kanak-kanak pelajar bukan saja perlu dilindungi daripada serangga dan mkhluk perosak yang membahaya, malah mereka juga perlu dilindungi daripada terdedah kepada penggunaan racun yang berlebihan. Untuk tujuan itu pendekatan IPM merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk dilaksanakan di premis sekolah.

Seorang pensyarah daripada Universiti Oregon, Tim Stock ditugaskan untuk menyelenggara tugas mengajar dan melatih para pegawai sekolah bagi melaksanakan IPM di sekolah masing-masing. IPM boleh dimulakan dengan perkara asas mudah seperti menutup lubang bangunan daripada dimasuki serangga dan makhluk dengan sealant atau jaring dan lain-lain seumpama dengannya. sumber

Bagaimana pula di negara kita Malaysia, adakah serangga dan makhluk perosak menjadi satu masalah besar kepada para pelajar sekolah. Setakat ini pihak kementerian pelajaran hanya mengambil berat masalah serangan anai-anai yang merosakkan bangunan serta peralatan sekolah sahaja.

Belum ada lagi laporan bahawa pelajar di ganggu dengan serangan serangga dan makhluk perosak lain seperti tebuan, lebah, angkut-angkut, penyengat, ular, tikus, semut dan lain-lain.

Kadangkala kita dengar berita kanak-kanak yang terkena masalah keracunan apabila makan makanan-makanan yang disediakan oleh pengendali makanan. Ini juga berkait rapat dengan masalah serangga perosak seperti lipas, tikus dan lalat yang tidak dikawal di premis menyediakan makanan.

[Iklan:]
[ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Wajibkan Perlaksanaan Kawalan Makhluk Perosak Bersepadu Di Sekolah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment