- Terdapat cabaran yang besar dalam menghapuskan serangan atau gangguan burung yang sering datang bertenggek atau bersarang pada rumah atau bangunan penempatan kita.
- Antara cabaran paling besar adalah daripada para pencinta alam sekitar serta pejuang hak asasi binatang yang sentiasa memantau aktiviti yang dianggap kejam terhadap haiwan.
- Oleh itu mengambil langkah pencegahan bagi menghalang kedatangan burung ke kawasan rumah atau penempatan kita adalah satu langkah bijak bagi ketenteraman diri kita juga bagi menjaga hati para pencinta haiwan.
- Sebagai langkah permulaan berikut adalah beberapa langkah yang perlu dilakukan dalam menghalang kedatangan serta gangguan burung-burung ke rumah kita:
- Perkara asas yang perlu dilakukan dalam mencegah serangan semua makhluk perosak adalah memastikan kebersihan kawasan di sekeliling persekitaran rumah kita. Pastikan tiada sampah bertaburan dan tong sampah sentiasa tertutup. Dengan tiadanya punca makanan adalah tidak menarik untuk burung atau haiwan lain datang ke rumah kita.
- Pangkas semua dahan pokok atau rimbunan daun yang terjuntai terkena dinding atau bumbung rumah kita. Ini dapat mencegah laluan serta teduhan burung daripada masuk ke dalam rumah kita dan mula menjadikan tempat mereka bersarang. Tindakan ini juga dapat menghalang kemasukan haiwan atau makhluk perosak lain seperti tikus ke dalam rumah kita.
- Pastikan kawasan bukaan seperti pintu atau tingkap sentiasa tertutup dan jika tidak boleh sekurang-kurangnya pasanglah tirai bagi menghalang kemasukan burung ke dalam premis rumah kita.
- Anda juga boleh memasang efek pencegahan seperti audio satu video bagi menghalau burung.menghampiri premis rumah anda. Tetapi pastikan dahulu kebersihan terjaga dan tidak ada sisa-sisa makanan di sekeliling kawasan tersebut. Jangan lupa pula kalau-kalau ia mengganggu jiran anda.
- Kita juga boleh pasang 'spike' atau wayar elektrik yang boleh menghalang burung dari singgah ke kawasan seperti bumbung atau palang kayu.
- Kawasan terbuka pada bumbung perlu ditutup bagi menghalang kemasukan burung untuk bersarang di dalamnya. Semua bukaan boleh ditutup dengan menggunakan jaring.
- Semua langkah yang diberikan di atas merupakan cara-cara bagi menghalang kemasukkan burung ke dalam premis anda dan perlu diingat teknik yang berkesan memerlukan analisa mendalam terhadap keadaan persekitaran yang ada dalam menyediakan langkah yang paling berkesan. Anda boleh hubungi Pest Sciences untuk konsultasi masalah burung pada rumah atau kilang makanan anda.
[Iklan:]
[ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma untuk premis anda. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]
[PestSciences provide profesional pest control services to get rid of your Termites, Cockroaches, Ants, Rats, Mosquitoes, Bedbugs and other pests problem from your premises. Call 019-2260807 to get rid of your pest problems or email us at info@pestsciences.com]
No comments:
Post a Comment