Sunday, March 25, 2012

Macammana nak tahu rumah yang kita beli sudah dibuat rawatan anai-anai

  Mohd Shubhi       Sunday, March 25, 2012

  • Membuat rawatan anai-anai terhadap rumah yang hendak dijual di negara kita bukanlah satu kemestian yang diwajibkan oleh pihak berkuasa. Tetapi bagi mereka yang tahu bagaimana anai-anai mampu merosakkan sebuah rumah sudah tentu akan memilih rumah yang ada jaminan bebas anai-anai.
  • Boleh dikatakan hampir keseluruhan bangunan baru yang dibina oleh JKR mewajibkan kerja-kerja rawatan tanah bagi menghalang serangan anai-anai dijalankan oleh para kontraktor. Ini sekurang-kurangnya dapat memelihara bangunan daripada serangan anai-anai antara 2 ke 5 tahun setelah bangunan siap dibina.
  • Bagi syarikat hartanah swasta pula, kebanyakan rumah mewah dan separa mewah yang mereka bina untuk dijual akan dipastikan rawatan tanah anti-termite dilaksanakan terlebih dahulu. Ini dapat mempastikan rumah yang berkualiti dibina kepada bakal pembeli.
  • Kita boleh katakan jaminan bebas anai-anai adalah satu strategi pemasaran yang dapat digunakan oleh para penjual rumah bagi meningkatkan nilai sesebuah rumah yang hendak dijual.
  • Kita sebagai pembeli perlu tahu menilai akan rumah yang hendak dibeli samada ada jaminan bebas anai-anai atau tidak. Jika kita dapati tiada sebarang rawatan pernah dilakukan pada rumah tersebut, ia boleh digunakan sebagai alasan bagi mendapatkan tawaran harga yang lebih rendah.
  • Untuk mendapatkan kelebihan tersebut kita perlu tahu bagaimana untuk mengenal pasti samada rumah yang hendak kita beli itu telah dibuat rawatan anai-anai.
  • Berikut beberapa langkat yang boleh kita lakukan:
    • Cara paling mudah adalah dengan bertanyakan pada penjual samada rumah yang mahu dijualnya telah dibuat rawatan anai-anai. Jika jawapannya 'tidak', kita sudah mendapat satu kunci untuk menurunkan sedikit harga rumah tersebut.
    • Jika jawapannya 'ya', jangan percaya dulu. Mintalah kepada tuan punya hartanah tersebut sijil jaminan bebas anai-anai yang telah diperolehinya daripada syarikat 'Pest Control'. Dari sijil tersebut periksa perkara asas di bawah ini:
      • Periksa nama syarikat yang melaksanakan rawatan anai-anai dan mengeluarkan sijil jaminan itu. Adakah ia sebuah syarikat Pest Control yang bertauliah dan masih beroperasi di negara kita. Untuk mendapatkan senarai syarikat yang bertauliah anda boleh melihatnya di sini.
      • Perlu diingat banyak syarikat yang melaksanakan rawatan anai-anai dan memberikan sijil, tetapi syarikat itu tidak mempunyai lesen pengendali kawalan serangga dari Lembaga Racun dan Makhluk Perosak. Tiada jaminan yang mereka akan melaksanakan kerja secara profesional. Lagipun syarikat seperti itu buka dan tutup perniagaan mereka sesuka hati dan susah untuk kita ambil sebarang tindakan jika tidak berpuas hati atau timbul masalah.
      • Lihat dari sijil, berapa tahun tempoh jaminan yang telah diberi dan bilakah ianya bermula dan tamat.
      • Baca 'bahan aktif' atau jenama racun yang telah digunakan.
        • Jika bahan aktifnya adalah "Chlopyrifos", bahan kimia tersebut biasanya tidak dapat kekal bertahan dibawah lantai rumah kita selama lebih daripada 2 tahun. ini bermakna rawatan semula perlu dilakukan.
        • Jika sijil menunjukkan tempoh jaminan lebih daripada 2 tahun, ini bermakna anda akan terpaksa sentiasa membuat aduan kepada syarikat selama 3 tahun terakhir jaminan apabila menemui kesan anai-anai.
        • Syarikat yang memberi jaminan perlu mengambil tindakan untuk membuat rawatan jika anai-anai menyerang semula. Pastikan anda simpan nombor telefon syarikat tersebut.
        • Jika bahan aktif yang digunakan adalah 'Amida Chloprid', anda boleh lega sedikit kerana bahan tersebut mampu bertahan kekal dibawah lantai rumah anda selama lebih dari 5 tahun. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kemahiran syarikat yang melaksanakan kerja rawatan tersebut.
      • Setelah melihat perincian yang disebutkan diatas, apa yang anda perlu lakukan adalah memeriksa keadaan fizikal rumah itu samada ia benar-benat telah dibuat rawatan anai-anai. Begini caranya:
        • Pergi ke dinding rumah dan perhatikan pada lantai dalam jarak 6 inci daripada dinding. Jika terdapat kesan lubang yang ditutup semula dalam saiz duit syiling 10 sen, ia bermakna memang rumah itu pernah dirawat.
        • Ukur pula jarak antara 2 lubang yang ada. Jaraknya hendaklah dalam linkungan 1.5 kaki dan tidak lebih daripada 2 kaki.
        • Periksa kesan lubang yang ada sekeliling rumah terutamanya pada kawasan tandas, dapur dan stor bawah tangga. Itu merupakan kawasan yang kritikal dengan serangan anai-anai.
    • Jika tuan rumah menyatakan bahawa tiada sijil jaminan kerana dia menggunakan sistem pengumpanan untuk memelihara rumahnya daripada serangan anai-anai, anda boleh memeriksa kebenarannya dengan melihat sekeliling luar rumah tersebut samada terdapat stesen pemantau anai-anai. Mintalah tuan rumah menunjukkannya.
    • Kelebihan mengunakan sistem pengumpanan adalah anda boleh menyambung kontrak penyelenggaraan setiap tahun dengan harga yang murah daripada syarikat yang memasang sistem tersebut sejak tahun pertama.
  • Jika semua yang disebutkan di atas tiada, anda boleh syorkan tuan rumah mendapatkan dahulu khidmat rawatan anai-anai daripada Syarikat Pest Control bertauliah seperti Pest Sciences dengan segera.


[Iklan:]
[ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma untuk premis anda. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ] [PestSciences provide profesional pest control services to get rid of your Termites, Cockroaches, Ants, Rats, Mosquitoes, Bedbugs and other pests problem from your premises. Call 019-2260807 to get rid of your pest problems or email us at info@pestsciences.com]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Macammana nak tahu rumah yang kita beli sudah dibuat rawatan anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment