Malaysia's #1 Pest Control Info
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

Friday, March 23, 2012

Eeeii…. gelinya! Haa… ramai yang macam gini kalau berdepan ngan lipas, baik perempuan atau lelaki, kalau dah geli tuh geli lah.. tak bleh nak cakap apa dah..pull stop! hehe.. 

Masalahnya pulak lipas nie lak senang sangat membiak kat mana-mana. Kawasan-kawasan yg kotor, lembap dan terselindung itulah tempatnya. Tak caya cuba check kat dalam laci meja tuh, nak pulak yg jenis suka tinggalkan lebihan bungkus jajan atau coklat kat dalam laci pas tu terlupa nak buangkan… 

Okey.. ini ada petua nak membasmi lipas nie.. mungkin lipas kat rumah boleh guna satu petua, tapi utk lipas kat ofis lak kena guna petua halau lipas yg lain.. 

So, cubalah mana-mana yg patut yer.. 


Petua Halau Lipas
Ambil sabun buku yg wangi tuh (tak kisahlah brand apa pun janji wangi). Potong kecil-kecil, lagi kecil lagi bagus. 

Dah tu, masukkan dalam laci atau apa-apa bekas yg dirasakan tempat lipas bertapa. InsyaAllah, lipas akan menjauhi tempat tuh. 

Petua Elak Lipas 
Ambil hujung timun atau pangkalnya. Letakkan di tempat yg kelihatan banyak lipas. Lipas samada akan mati atau dah tak kelihatan dah kat tempat tu. Selain timun, dikatakan lemon juga boleh dijadikan sebagai alternatif. 

Potong dan letakkan hirisan lemon kat situ dan lipas akan bertempiaran lari. Tapi bila selepas beberapa hari bila lemon tuh kering, cepat-cepatlah tukarkan yg baru. 

Petua Elak Lipas Membiak
Selain tu lipas juga tak suka dengan bau kapur barus. So, letakkan kapur barus di tempat yg selalu banyak lipas. Tak lama lepas tu lipas dah tak kelihatan lagi. 

Petua Halau Lipas 
Satu lagi petua ialah dengan menggunakan daun pandan. che petua selalu gunakan petua ni sebab banyak daun pandan kat rumah. 

Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat lipas-lipas tu melepak contohnya kat dalam lemari ke bawah katil ker atau kat dalam kabinet dapur dsb.nya. 

Lipas akan lari dan cawan pun tak pecah.. chewah! Daun pandan bukan setakat halau lipas, ia juga boleh mengharumkan tempat tu sebab baunya wangi. Selain daripada daun pandan ada jugak orang guna daun kari. 

Letak jer kat tempat-tempat lipas tuh dan lipas dikatakan akan melarikan diri. Cumanya mungkin tak ramai yg guna kaedah nie sebab sekarang nie susah nak dapat daun kari nie.. Hmmm.. serbuk kari pun kira boleh lah kot.. ahaks… gurau jer ye..


[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma untuk premis anda. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ] [PestSciences provide profesional pest control services to get rid of your Termites, Cockroaches, Ants, Rats, Mosquitoes, Bedbugs and other pests problem from your premises. Call 019-2260807 to get rid of your pest problems or email us at info@pestsciences.com]

0 comments:

Post a Comment

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search