Friday, April 13, 2012

Apa anda perlu ada untuk bekerja sebagai Juruteknik di Syarikat Pest Control

Posted by   on


  • Bukan semua orang mampu mendapatkan kelulusan yang baik dalam persekolahan. Ada dari kalangan mereka yang keputusannya hanya cukup makan malah hanya setakat tamat pendidikan tingkatan lima di sekolah menengah.
  • Jika ada di kalangan mereka yang sebegitu, segalanya belum berakhir untuk anda. Masih ada banyak peluang pekerjaan yang menanti anda apabila anda mula mendapat kesedaran untuk berjaya dalam hidup. Salah satu peluang pekerjaan yang berpotensi untuk anda ceburi adalah dengan menjadi Juruteknik di Syarikat Pest Control yang banyak terdapat di negara kita.
  • Berikut adalah apa yang anda perlukan untuk melayakkan anda menjadi juruteknik di syarikat Pest Control:
    • Jika anda tidak tamat tingkatan lima anda masih boleh memohon bekerja di syarikat pest control dan menjadi pembantu di syarikat tersebut selama tiga tahun untuk melayakkan anda mengambil peperiksaan mendapatkan Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak (PAL).
    • Jika anda tamat tingkatan lima, anda boleh terus memohon untuk menduduki peperiksaan mendapatkan lesen pemakai racun perosak atau PAL secara terus. Peperiksaan di adakan sekali setahun  dan dianjurkan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak Malaysia.
    • Jika anda hanya lulus setakat darjah enam, anda masih boleh menduduki peperiksaan menjadi pembantu pemakai racun perosak (APAL). Atau anda perlu sekurang-kurangnya bekerja selama 2 tahun di syarikat pest control.
    • Untuk mendapatkan gaji yang bagus, anda di nasihatkan menduduki peperiksaan yang saya sebutkan di atas samada PAL atau APAL untuk menjadikan anda seorang juruteknik yang berkelayakan.
    • Anda boleh belajar teori dalam industri pest control untuk menduduki peperiksaan yang saya sebutkan tadi dengan mendaftarkan diri anda menyertai kursus pemakai racun makhluk perosak yang dianjurkan oleh Persatuan Pest Control Malaysia (PCAM). Kursus ini juga diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.
    • Perkara asas untuk menduduki peperiksaan di atas sudah tentulah kemahiran membaca dan menulis dan serba sedikit pengetahuan tentang bahan racun penggunaannya. Anda juga perlu memahami serba sedikit tentang serangga dan makhluk perosak. Ini menunjukkan bahawa anda perlu ada sedikit minat tentang biologi.
    • Selain daripada keperluan menduduki peperiksaan yang saya sebutkan di atas. Anda lebih mudah diambil bekerja di syarikat pest control jika anda mempunyai lesen memandu kelas D.
    • Anda menjadi lebih bernilai di mata syarikat Pest Control jika selain mempunyai lesen memandu kelas D, anda juga mempunyai GDL, atau lesen memandu kenderaan komersial. Ini semua membuatkan anda menjadi berharga dan mampu memohon gaji yang lebih baik.
    • Selain daripada itu, jika anda punyai kemahiran membaiki peralatan mekanikal, anda juga lebih mendapat tempat di kalangan pekerja syarikat pest control. Banyak peralatan pest control memerlukan sedikit pengetahuan tentang alat mekanikal serta engin.
  • Jika anda ada kemahuan untuk berjaya di dalam industri Pest Control, mulalah memohon bekerja di syarikat pest control. Dengan mula bekerja di situ anda akan didedahkan kepada industri tersebut dan   berusahalah menduduki semua peperiksaan yang ada dan lengkapkan diri anda dengan semua yang saya sebutkasn di atas.
  • Pastikan anda berjaya sehingga menjadi Pemakai Racun Perosak yang berlesen dan berpengetahuan luas dalam selok belok menguruskan masalah makhluk perosak.
  • Setelah anda mahir dalam operasi, tambahkan pengetahuan anda dalam komunikasi dan pengurusan untuk melayakkan anda menjadi penyelia.
  • Dengan menyemai semangat ingin berjaya tidak mustahil untuk anda meningkat lebih jauh lagi dan siapa tahu anda suatu hari nanti boleh membuka syarikat pest control anda sendiri. Ramai di kalangan pemilik syarikat pest control di negara kita yang berjaya bermula dengan menjadi pekerja di syarikat pest control. Saya akan terangkan bagaimana anda boleh menjadi usahawan syarikat pest control selepas ini.



[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma untuk premis anda. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ] [PestSciences provide profesional pest control services to get rid of your Termites, Cockroaches, Ants, Rats, Mosquitoes, Bedbugs and other pests problem from your premises. Call 019-2260807 to get rid of your pest problems or email us at info@pestsciences.com]

1 comment:
Write comments
  1. anda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
    laman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
    berharap anda jangan keberatan

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new pest control offer for Shah Alam Residents. You'll like it - Easelife Services
Join Our Newsletter