Malaysia's #1 Pest Control Info
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

Monday, June 11, 2012

Mohd Shubhi  /  11.6.12  /  ,   /  3 comments
Bagaimana kawal kelawar
Jika kita tinggal di kawasan kampung atau di kawasan yang berbukit dan berhutan, ada kemungkinan rumah kita akan di masuki kelawar.

Masalah akan menjadi lebih teruk apabila Kelawar menjadikan rumah kita sebagai tempat penginapan dan pembiakan mereka.

Perlu diketahui bahawa Kelawar bukanlah sejenis binatang atau makhluk yang merbahaya.

Kadangkala kita terpengaruh dengan cerita-cerita karut tentang Kelawar ditambah pula dengan rupanya yang menggerunkan membuatkan kita menjadi fobia dengan binatang yang bernama Kelawar ini.

Kelawar pada umumnya tak merbahaya

Kelawar merupakan sejenis binatang mamalia dari kumpulan yang dinamakan Chiroptera, yang merupakan satu perkataan berasal daripada Greek. Ia membawa maksud 'Tangan Bersayap'. Terdapat sebanyak 1,240 spesis Kelawar di seluruh dunia.

70% daripada Kelawar adalah jenis yang menjadikan serangga sebagai makanan mereka manakala bakinya menjadikan buah-buahan sebagai makanan. Di negara kita jenis yang makan buah-buahan ini kita namakan sebagai Keluang

Daripada maklumat di atas ternyata Kelawar tidak membahayakan manusia malah tabiat mereka yang menjadikan serangga sebagai makanan sebenarnya banyak membantu industri pertanian apabila kebanyakan serangga yang menjadi makanan mereka merupakan serangga perosak tumbuh-tubuhan.

Bagi Keluang yang menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama mereka, ia sedikit sebanyak mengganggu para pekebun yang mengusahakan tanaman buah-buahan apabila hasil buah pekebun dimakan dan dirosakkan oleh Keluang.

Masalah bawaan Kelawar

Dari segi penyakit berjangkit bawaan pula, Kelawar mempunyai rekod membawa penyakit 'anjing gila'. Berhati-hatilah dengan Kelawar yang bertindak luar daripada kebiasaan seperti berterbangan rendah sekitar lantai atau duduk rehat di bawah.

Kelawar kadangkala menjadikan rumah kita sebagai tempat penginapan mereka dan ini mendatangkan masalah besar kerana najis serta air kencingnya boleh merosakkan dinding serta mendatangkan bau yang sungguh tidak menyenangkan.

Bau yang melekat pada dinding dan lantai akan menarik serangga perosak lain dan juga kelawar dari tempat lain. Kewujudan mereka di loteng rumah kita juga akan menjadikan kita tidak selesa apabila mereka sering mencakar dan membuat bising di atas sana.

Masalah pada najis Kelawar

Najis yang berkumpul dan tertinggal di kawasan pendudukan Kelawar akan menghasilkan sejenis Kulat yang mana spora daripada kulat tersebut boleh mendatangkan masalah pernafasan pada mereka yang menyedutnya. Masalah akan bertambah teruk pada mereka yang ada penyakit alahan seperti lelah dan sebagainya.

Jika keadaan itu berlaku, sudah pasti kita tidak dapat menrima kehadiran mereka dan sesuatu mestilah dilakukan untuk menghalau mereka daripada menjadikan rumah kita sebagai sarang tempat pembiakan kelawar.

Kaedah kawalan Kelawar

 Untuk menyelesaikan masalah kelawar ini ia melibatkan dua proses utama.
  1. Menghalau kelawar yang ada daripada rumah kita
  2. Menghalang kemasukan semula Kelawar ke dalam rumah kita
Kebiasaanya kelawar akan bersarang dikawasan loteng atau bahagian bumbung di atas rumah kita. Bagi kebanyakan rumah di negara kita sekarang, bahagian ini adalah di atas siling rumah langkah-langkah keselamatan perlu diberikan perhatian secukupnya.

Pemeriksaan serangan Kelawar

Sebelum sebarang tindakan diambil kita hendaklah melakukan pemeriksaan rapi terlebih dahulu bagi mengenal pasti:
  1. Kesemua kemungkinan laluan keluar dan masuk kelawar di dalam rumah kita.
  2. Segala kerosakan yang ada pada kawasan bangunan di mana kelawar jadikan sarang mereka
  3. Kawasan sebenar di dalam bangunan di mana Kelawar jadikan sarang.
  4. Berapakah saiz kumpulan kelawar yang bersarang di dalam rumah kita. Ia berbeza daripada sepasang sehinggalah ke ratusan ekor.
  5. Apakah spesis kelawar yang bersarang di situ.

Waktu sesuai pemeriksaan Kelawar

Pemeriksaan elok di lakukan dua kali pada masa yang berbeza.
  • Pada waktu senja di mana Kelawar mula muncul. Ini untuk mengesan kawasan kemasukan dan keluar kelawar tersebut.
  • Pada waktu siang di mana kelawar sedang berehat di tempatnya. Ini bagi menentukan keadaan kawasan yang diduduki oleh kelawar tersebut. Adakah runag yang cukup untuk kita melakukan kerja pencegahan dan sebagainya.
Sebolehnya lebih daripada dua orang diperlukan sewaktu melakukan pemeriksaan agar kita tidak terlepas pandang segenap kawasan yang ada sarang kelawar dan juga keselamatan kita lebih terjamin.

Proses pemeriksaan Kelawar

Antara kelengkapan yang perlu ada ketika melakukan pemeriksaan termasuklah topi keras keselamatan, lampu suluh, pakaian coverall, penutup pernafasan daripada habuk dan sarung tangan kulit.

Langkah Kawalan Kelawar

Langkah kawalan terbaik adalah dengan menutup segala laluan masuk dan keluar kelawar dari bangunan kita dan menghalang terus kelawar dari masuk ke dalam rumah.

Sebelum itu, kita perlulah memastikan bahawa tiada lagi kelawar yang tertinggal di atas loteng bumbung rumah kita dan kesemua kesan najis serta air kencing kelawar yang ada hendaklah dibasuh terlebih dahulu.

Kita boleh menutup ruang terbuka pada loteng atau bumbung dengan menggunakan plastik tebal atau jaring atau apa-apa sahaja yang dapat menghalang kelawar dari masuk.

Jangan lakukan di waktu kelawar masih ada dan gangguan kita mengakibatkan mereka berterbangan atau jatuh ke bawah. Elakkan dari terkena gigitan kelawar takut-takut kalau ada jangkitan penyakit 'anjing gila'.

Jika bukaan ruang loteng atau bumbung rumah kita besar. Kita boleh gunakan plastik atau jaring yang dipasang pada bahagian atas dan lepaskan bebas di bahagian bawah.

Ini bagi membolehkan kelawar keluar tetapi menghalangnya masuk selepas itu. Setelah tiasa lagi kelawar, kita bolehlah menutup terus ruang itu.

Bahan kimia untuk kawalan Kelawar

Terdapat sejenis bahan kimia yang digunakan bagi menghalau kelawar yang kita namakan Naphthalene. Kita biasa melihat bahan kimia penghalau ini digunakan di tandas-tandas dalam berbagai bentuk yang digantung pada kawasan dalam tandas. Ubat ini digunakan bagi menghalau serangga seperti lipas.

Bahan ini sebenarnya mampu menghalau kelawar tetapi dengan syarat kawasan tersebut hendaklah tertutup dan kurang lalauan udara. Ini bagi membolehkan udara di penuhi dengan bau Naphthalene tersebut dan seterusnya menghalang binatang dari memasuki kawasan itu.

Walau bagaimanapun ada laporan yang menyatakan ratusan bahan itu diletakkan pada loteng bangunan seperti sekolah dan lain-lain gagal menghalang kemasukan kelawar.

Kawal Kelawar dengan lampu

Satu lagi cara yang boleh digunakan adalah dengan memasang lampu yang cerah pada kawasan bersarang kelawar. Jika kawasannya tidak luas dan kos memasang lampu tidak tinggi, maka ia boleh dijadikan satu cara  mengawal kelawar. 

Kawal kelawar dengan alat elektronik

Ada tawaran dan dakwaan bahawa peralatan ultrasonik boleh digunakan dan berkesan bagi menghalau kelawar dan juga haiwan lain seperti tikus. Namun secara paraktikalnya masih tiada lagi peralatan seumpama itu yang mampu menghalang kelawar atau lain-lain haiwan dengan berkesan.

Jika rumah anda tinggi dan besar, dinasihatkan agar anda mendapatkan khidmat syarikat kawalan makhluk perosak yang bertauliah bagi menyelesaikan masalah kelawar anda dengan lebih sempurna.


Nota:

PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal kelawar atau masalah serangga dan makhluk perosak lain.

PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma untuk premis anda.

Hubungi 016-2060 136 (Ridwan)  bagi mendapatkan khidmat nasihat

atau

email ke info@pestsciences.com

[PestSciences provide profesional pest control services to get rid of your Termites, Cockroaches, Ants, Rats, Mosquitoes, Bedbugs and other pests problem from your premises. Call 016-2060 136 (Ridwan) to get rid of your pest problems or email us at info@pestsciences.com]

3 comments:

  1. TOLONGLAH... SAYA DAH TAK LARAT NAK SAPU TAIK KELWAR KAT LANTAI....

    ReplyDelete
  2. Saya perlu bantuan segera... Tlg email ke syarah5398@yahoo.com jika tahu mana2 pest control yg blh halau kelawar ni. Saya stay d kota tinggi johor.t kasih

    ReplyDelete
  3. sebulan 2X panjat syiling sembur air+Clorox....nak xnak kene rajin

    ReplyDelete

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search