Saturday, August 11, 2012

Pest Control: Bagaimana nak tanya maklumat harga

  Mohd Shubhi       Saturday, August 11, 2012
Di mana saja manusia tinggal, masalah serangga dan makhluk perosak tidak dapat dielakkan. Makhluk perosak seperti Tikus dan Lipas umpamanya berkongsi makanan dengan apa yang manusia makan. Jadi di mana ada manusia di situ pasti ada makhluk perosak. 

Apa yang membezakan sesama manusia adalah tahap penerimaan kewujudan makhluk yang tidak diingini tersebut untuk tinggal dan berkongsi kehidupan dan makanan dengan mereka. Bagi yang tidak dapat menerimanya maka makhluk perosak perlu dikawal. 

Untuk mengawal makhluk perosak kita perlu mempunyai ilmu dan kebiasaannya syarikat pest control menyediakan para pekerja yang terlatih untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelanggan.


Tidak hairanlah jika seseorang itu menghadapai masalah makhluk perosak, mereka akan mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat pest control yang mereka kenal.

Saya sering mendapat sms daripada para pelanggan yang menghadapai masalah serangan makhluk perosak. Kebiasannya pertanyaan terlalu ringkas dan tidak dapat difahami apa sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh pelanggan.

Contoh soalan yang saya dapat adalah seperti: "berapa kos buat pest control di rumah dua tingkat saya?" soalan ini terlalu ringkas dan tidak dapat difahami.

Berikut saya jelaskan apakah faktor yang menentukan harga perkhidmatan kawalan serangga dan makhluk perosak yang pelanggan perlu tahu agar mereka berkomunikasi dalam bahasa yang sama dengan syarikat pest control:

  1. Jenis makhluk perosak
    1. Kita perlu menyatakan apakah makhluk perosak yang sedang mengganggu atau menyerang premis penempatan kita. Nyatakan samada kita menghadapi serangan lipas, tikus, anai-anai atau lain-lainnya.
    2. Setiap kes kawalan makhluk perosak yang berbeza dikenakan harga yang berlainan kerana cara rawatannya berbeza antara satu sama lain.
    3. Kebiasannya, syarikat pest control menyediakan perkhidmatan berikut di bawah:
      1. Kawalan serangga perosak umum. Ia melibatkan kawalan berkala sebulan atau dua bulan sekali di premis pelanggan. Makhluk perosak seperti Lipas, semut dan tikus adalah termasuk dalam tawaran perkhidmatan tersebut.
      2. Kawalan anai-anai. Perlu diingati bahawa kawalan anai-anai jauh berbeza daripada kawalan serangga perosak umum. Kebiasannya kawalan anai-anai jauh lebih mahal.
      3. Kawalan makhluk perosak tertentu. Setiap rawatan bagi serangan mahluk perosak yang berbeza adalah tidak sama. Kebanyakan syarikat ada menyediakan perkhidmatan seperti kawalan ular, kawalan nyamuk, kawalan burung, kawalan musang, kawalan kucing dan lain-lain lagi.
  2. Jenis premis.
    1. Pelanggan perlu menyatakan apakah premis yang sedang menghadapi masalah tersebut. Adakah ianya rumah, kedai runcit, restoran, pejabat atau lain-lainnya.
    2. Sebutkan secara terperinci premis tersebut seperti sebuah banglo dua tingkat atau rumah teres satu tingkat. Kalau boleh nyatakan keluasan premis lebih bagus.
  3. Kawasan tempat tinggal.
    1. Kadangkala di mana kita tinggal boleh memberikan kesan dalam penentuan harga. ia bergantung kepada syarikat mana yang kita pilih.
    2. Jika kita memilih syarikat yang beroperasi di Shah Alam untuk membantu masalah makhluk perosak di Bangi, harga mungkin agak tinggi.
    3. Cara terbaik adalah dengan mendapatkan syarikat yang beroperasi berdekatan dengan premis anda.
3 faktor di atas menentukan berapa kos rawatan perkhidmatan. Amalan biasa syarikat pest control adalah dengan membuat lawatan terlebih dahulu pada premis yang bermasalah dan menentukan tahap keseriusan serangan sebelum menyatakan anggaran kos rawatan. Ini sebenarnya adalah lebih baik berbanding harga congakan tanpa melihat premis terlebih dahulu.

Para pelanggan juga perlu tahu, harga akan berkurang dengan agak signifikan jika kita mendapatkan perkhidmatan secara kontrak selama setahun atau lebih. Harga untuk satu perkhidmatan sahaja kebiasannya adalah lebih mahal. Walau bagaimananpun ia tidak boleh dipakai untuk kawalan serangga spesifik seperti pepijat, kelawar, burung dan lain-lain. Tiada perkhidmatan berkala terhadap serangga seperti itu.

Begitulah secara ringkasnya bagaimana anda boleh mendapatkan maklumat harga daripada syarikat pest control. Jika anda menghadapi sebarang masalah dalam urusan pest control anda boleh hubungi saya di shubhi@pestsciences.com atau terus komen di blog ini. Insyallah sebarang kemushkilan akan saya cuba jawab.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pest Control: Bagaimana nak tanya maklumat harga

Previous
« Prev Post

12 comments:

  1. tolong hapuskan pepijat di rumah sy,,huhu hbz bdn sy trkna alahan gigitan pepijat..huu

    ReplyDelete
  2. Untuk keluasan rumah kediaman yg berukuran 20×53,berapa kos utk masalah anai2..tq

    ReplyDelete
  3. Untuk keluasan rumah kediaman yg berukuran 20×53,berapa kos utk masalah anai2..tq

    ReplyDelete
  4. Salam. Rumah setingkat di Pandamaran. Masalah lipas dan lipan di tandas. Harap dapat bantu. Ingin tahu harga. Tkasih.

    ReplyDelete
  5. Salam, rumah saya menghadapi masalah haiwan perosak tikus yang semakin menjadi-jadi. Byk usaha telah kami lakukan antaranya meletak racun, menyembur serai wangi, meletak racun, memasang perangkap, sembur ridset malahan kami pernah mengecat badan seekor daripadanya..namun usaha ini seperti sia-sia... Bantuan amat kami harapkan... Jadi, saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan penghapusan haiwan perosak ini.

    ReplyDelete
  6. bilik saya di Gombak penuh dengan 'kamitetep' (bahasa indonesia) bahasa Melayu tidak di kenalpasti. berapa kos untuk membersihkan total 1 bilik sahaja? tq (0173627976)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mana masalah kamitetep sbb rumah saya hadapi perkara sama

      Delete
  7. harga membunuh serangga di soho damansara perdana tq..urgent

    ReplyDelete
  8. salam..masih buat service pest control ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! masih buat. Sila berhubung dengan Athira 010-234 2542

      Delete
  9. ada buat servis di kuala terengganu tak?

    ReplyDelete