Kalau burung berbunyi dengan bersiul di pagi hari, itu perkara biasa yang kita sering dengar. Ada banyak lagi haiwan lain yang boleh berbunyi atau lebih tepat lagi kita kata mengeluarkan suara. Tikus, Kuda, Kambing, Cicak, Ayam, dan terlalu banyak kalau nak disenaraikan.
Tetapi pernahkan anda mendengar serangga mengeluarkan bunyi?. Adakah semut mengeluarkan bunyi? pernahkan anda mendengar anai-anai berbunyi?. Mungkin ada yang pernah dengar tebuan, nyamuk, lalat dan seumpamanya mengeluarkan bunyi, tapi itu adalah bunyi hasil dari sayap mereka dan bukan datangnya dari mulut.
Saya pernah bertemu orang yang menceritakan mereka terdengar bunyi 'tik!,tik!,tik!..." di malam yang sunyi di atas siling rumah. Setelah sering kali mendengarnya, lalu didekati kawasan bunyi itu yang datang dari arah salah satu kayu yang berada di siling sebelah dinding. Apabila ditekan, rupa-rupanya telah lompong di dalam.
Baru tersedar rupanya yang berbunyi selama ini adalah anai-anai.
Begitulah cerita yang saya dengar yang rumusannya adalah mereka sangka anai-anai ada mengeluarkan bunyi.
Memang anai-anai ada mengeluarkan bunyi jika kita benar-benar mendengarnya di malam hari yang sunyi. Tapi ia merupakan bunyi yang terhasil daripada aktiviti unit askar anai-anai yang berkepala besar dan keras. Mereka sedang mengetuk kepala keras itu pada kayu. Kenapa mereka mengetuk kepala dengan kayu tersebut?
Ia dilakukan untuk:
- Memberi amaran pada anai-anai pekerja dan lain-lain bahawa ada musuh. Berhati-hati dan segera keluar dari kawasan bahaya. Sebab itu bunyi hanya didengari bila kita bergerak. Anai-anai askar dapat mengesan pergerakan lalu memberi amaran pada yang lain.
- Ada juga pertemuan saintis mengatakan kepala diketuk untuk mendapatkan anggaran berapa keluasan kayu yang sedang di makan. Jadi mereka dapat anggarkan berapa jumlah pekerja yang diperlukan di situ. Kepala diketuk dan pantulan semual gelombang bunyi dapat dijadikan kiraan oleh anai-anai untuk mengukur saiz kayu.
Begitulah serba sedikit fakta tentang anai-anai. Jika rumah anda di serang anai-anai, dapatkan khidmat pest control dengan segera dengan menggunakan sisitem umpan. Tiada bahan kimia, tida tebukan lubang pada lantai. Selamat dan cukup berkesan. Telefon 019-226 0807 (Billy) untuk pemeriksaan percuma rumah atau pejabat anda.
No comments:
Post a Comment