Monday, October 8, 2012

Status Kucing - Adakah ia makhluk perosak?

  Mohd Shubhi       Monday, October 8, 2012
Pest dalam bahasa inggeris lebih menggambarkan keadaan sebenar maknanya berbanding bahasa malaysia yang menggunakan 'makhluk dan serangga perosak'. Masih tidak ada lagi satu perkataan yang menyerupai perkataan 'pest' seperti dalam bahasa inggeris.

Makna 'pest'
Takrifan pest dalam industri pest control membawa maksud "segala sesuatu yang tidak diingini kehadirannya".

Bahasa Indonesia telah mengadaptasikan perkataan Pest ini sebagai 'Pes'. Pes dalam bahasa Indonesia membawa maksud sesuatu yang tidak disukai atau tidak diingini.


Jika kita lihat takrifan pest, maka apa saja boleh menjadi pest termasuklah rumput rampai, burung, kucing, atau apa saja binatang yang kehadirannya tidak disukai atau menggangu ketenteraman orang lain. Oleh itu kehadiran kucing di kawasan seperti kilang, sekolah, atau universiti dan lain-lain boleh dianggap sebagai 'pes'.

Tidak hairanlah jika pihak pengurusan kilang atau universiti biasanya akan memanggil syarikat pest control setiap kali terdapatnya masalah serangan kucing di kawasan mereka.

Malangnya tidak ramai yang suka melihat bagaimana kucing diberkas dan dikurung oleh pekerja mahir syarikat pest control. Bagi pencinta kucing, ia merupakan satu tindakan kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

Sebenarnya sama saja jika kita melihat pihak berkuasa memberkas penjenayah. Setakat ini tidak lagi ada orang yang merunggut polis menggari penjenayah kerana penjenayah tersebut melakukan kesalahan.

Begitulah juga bagi kucing, kita boleh andaikan mereka telah melakukan kesalahan kerana menceroboh masuk ke kawasan yang tidak sesuai atau dilarang.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Status Kucing - Adakah ia makhluk perosak?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment