Thursday, November 1, 2012

Kutu kucing menyerang rumah

  Ano Nyme       Thursday, November 1, 2012
Baru-baru ini saya mendapat satu panggilan bertanyakan tentang masalah serangan kutu kucing. Ini merupakan panggilan pertama yang menyentuh mengenai masalah serangan kutu kucing di rumah.

Sebelum ini saya pernah menyelesaikan masalah serangan kutu kucing di sebuah komplek membeli belah. Serangan kutu kucing, seperti pada namanya, berasal daripada kucing.

Kucing luar telah tinggal di kawasan siling pasaraya dan disebabkan itu kutu kucing membiak dan merebak dengan begitu cepat dan membuatkan pekerja serta pelanggan yang datang sering dilanda rasa miang pada kulit.

Panduan membela kucing


Apakah kutu kucing?

Menurut wikipedia, kutu kucing merupakan jenis kutu yang paling besar jumlahnya membiak dengan banyak di seluruh muka bumi berbanding dengan lain-lain jenis kutu.

Saiz kutu kucing dewasa adalah sekitar 1 ke 2 mm panjang. Ia berwarna coklat kemerahan dan kerjanya adalah hisap darah!. Ini yang membuatkan kita sering merasa gatal atau miang ditempat yang terkena serangan kutu kucing.

Bagi mereka yang punya alahan, kesan gigitasn ini boleh mendatangkan kesan yang buruk. Oleh itu amat penting untuk kita tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah kutu kucing ini.

Kawal kutu kucing pada haiwan peliharaan anda

Ada berbagi cara untuk mengawal pembiakan kutu kucing daripada haiwan peliharaan anda di rumah. Antaranya adalah:

  • Memakaikan binatang peliharaan anda dengan kolar kutu. Ini membantu menghapuskan kutu pada bahagian kepala sehingga leher kucing tetapi tidak dapat menghapuskan kutu pada kawasan badannya kebawah. Ada jenis kolar yang mengandungi racun kutu dan ada juga yang mengandungi IGR untuk membunuh telur dan larvae.
  • Syampoo yang mengandungi racun membunuh kutu kucing.
  • Sikat untuk membuang kutu kucing. Biasanya ia berkesan untuk menghapuskan sekitar 20 ke 50% kutu. Letakkan sedikit jeli pada sikat agar kutu melekat. Sediakan semangkuk air yang dicampurkan dengan serbuk pencuci. Masukkan kutu yang melekat pada sikat ke dalam air untuk melemaskan dia.
  • Bedak kutu. Ia mampu membunuh kutu pada kucing dengan sedikit masalah. Jika menggunakan bedak kutu, kulit kucing akan menjadi kering. Bedak kutu juga boleh mengganggu pernafasan kucing.
  • Program ubatan untuk dicampurkan dengan makanan kucing. Ubatan ini membuatkan kutu yang makan darah kucing terbantut pembiakannya bila telur kutu tidak dapat menetas. Program ini perlu dilengkapi dengan usaha membunuh kutu dewasa sebab ubatan hanya membunuh telur kutu.
  • Banyak lagi produk lain yang boleh digunakan untuk membunuh kutu pada kucing anda. Ada jenis cecair, ada jenis spray dan lain-lain lagi. Tanyalah pada kedai haiwan yang pakar untuk mendapatkannya.

Kawal kutu kucing dipersekitaran rumah anda

  • Dapatkan khidmat Knockout Fumigation atau lain-lain syarikat pest control untuk melakukan khidmat semburan di dalam kawasan rumah anda yang diserang kutu.
  • Pastikan anda sentiasa vakum setiap minggu untuk meghapuskan telur dan juga larvae kutu kucing. Beri perhatian pada celahan serta rekahan pada dinding, lantai. Juga pada kawasan tepian atau pada langsing dan pada perabut tilam dan lain-lain kerana larvae serta telur berkemungkinan besar bertenggek melekat di sana. Buang dengan berhati-hati bahan buangan agar kutu tidak terlepas. Elok kalau sembur dengan aerosol (utk lipas).
  • Kawal juga kawasan luar rumah anda. Perhatikan kawasan di mana kucing anda suka melepak dan buat semburan racun serangga di situ. Berikan maklumat pada Knockout Fumigation atau syarikat pest control lain di mana kawasan kegemaran kucing melepak. Minta mereka buat rawatan semburan di kawasan tersebut juga di sekitar kebun atau sekeliling rumah anda.
Penting untuk mengawal pembiakan kutu kucing bermula daripada cara anda menjaga kebersihan kucing peliharaan anda. Musnahkan kutu yang membiak pada kucing dan secara lansung rumah anda juga akan bebas dari kutu kucing.



logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kutu kucing menyerang rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment