Friday, November 9, 2012

Maklumat anai-anai di Google

  Mohd Shubhi       Friday, November 9, 2012
Bagi mereka yang rumahnya terkena serangan anai-anai, langkah pertama yang dilakukan kebiasannya dalam zaman 'google' ini adalah dengan menaip perkataan 'anai-anai' pada skrin carian. Tentu ramai yang pernah lakukan cara ini sebagai langkah mendapatkan maklumat lanjut.

Apa yang kita akan dapat terpampang di skrin adalah beberapa penulisan dari web yang menceritakan tentang anai-anai. Antara yang popular keluar adalah maklumat daripada:


  • Blog ibnuhasyim.com - Blog ini mempromosikan teknik pengumpanan secara buat sendiri
  • Web anaianai.com - ini merupakan web yang mempromosikan teknik pengumpanan anai-anai buat sediri.
  • Forum halaqah.net - Ini pula adalah portal forum yang kebetulan membincangkan tentang masalah anai-anai. Teknik yang disyorkan adalah teknik tradisional yang belum dibuktikan secara saintifik. Ia mencadangkan pengguna mengorek lubang dan tanamkan hati ikan pari-pari.
  • Wikipedia Bahasa Melayu - ini portal maklumat yang semua orang tahu kewujudannya. ia memberikan banyak maklumat terperinci tentang makhluk anai-anai ini.
  • Portal 3K - Ini adalah portal maklumat yang memberikan pengetahuan kepada pengguna. Ia menceritakan secara ringkas apa-apa langkah serta nasihat yang pengguna boleh lakukan terhadap masalah diserang anai-anai. Maklumatnya berguna dan bagus sekali.
  • Lain-lain web daripada syarikat pest control yang mempromosikan perkhidmatan mereka kepada para pengguna. Masing-masing cuba menonjolkan kelebihan syarikat dengan cuba memberikan kelainan terutamanya tentang tahun jaminan yang panjang.
Apa cara yang terbaik yang perlu anda lakukan?
Saya berpendapat, para pengguna perlu tahu menggunakan kelebihan suasana industri di negara kita untuk mendapatkan maklumat secara percuma. Majoriti daripada syarikat pest control yang bertauliah menawarkan khidmat pemeriksaan secara percuma pada pengguna.

malah jika rumah anda diketahui tidak ada kesan anai-anai pun boleh menggunkan khidmat mereka. Ini disebabkan jika anda tidak dapat mengesan kehadiran anai-anai, itu bukan bermakna rumah anda bebas dari serangan anai-anai.

Ia berkemungkinan di sebabkan anda tidak punya kemahiran untuk membuat pemeriksaan yang rapi sebagaimana yang boleh dilakukan oleh para pekerja profesional syarikat pest control. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah:
  • Dapatkan mana-mana syarikat pest control yang berhampiran dengan kawasan anda tinggal dan hubungi mereka.
  • Nyatakan bahawa anda mahu melakukan pemeriksaan anai-anai pada rumah anda. Berikan alamat rumah dan nombor untuk dihubungi
  • Minta syarikat tersebut nyatakan bila mereka boleh melakukan pemeriksaan di rumah anda. pastikan anda bertanya samada khidmat tersebut adalah percuma dan tidak ada paksaan untuk anda mengambil perlkhidmatan mereka nanti.
Setelah pemeriksaan dilakukan, anda biasanya akan diberikan maklumat status serangan anai-anai.
  • Samada ada serangan dan di mana tempat serta punca serangan.
  • Mungkin juga anda akan diberitahu tiada serangan anai-anai.
Dalam kes pertama, syarikat pest control akan memberikan anggaran kos untuk melakukan rawatan. Minta pada mereka dua pilihan. 1. Rawatan secara tebukan lubang atau 2. Rawatan secara pengumpanan.

Dalam kes kedua, rumah anda masih bebas dari serangan ani-anai, anda masih boleh melakukan langkah pro-aktif. Samada melakukan teknik tebukan lubang atau teknik pemasangan stesen pemantau sistem pengumpanan.

Jika anda mahu melakukan penjimatan, pilihlah untuk menggunakan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak umum yang merangkumi:
  1. Kawalan lipas
  2. Kawalan semut
  3. Kawalan tikus
  4. Pemeriksaan dan laporan anai-anai.
Pastikan anda minta khidmat yang ke-4 dari syarikat pest control agar keadaan rumah anda sentiasa dipantau oleh mereka. Jika ada serangan anai- anai, barulah buat keputusan samada mahu membenterasnya dengan teknik yang terbaik dan lebih spesifik.

Jika anda rasa berminat untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan percuma dengan Knockout Fumigation Sdn Bhd, anda boleh hubungi saudara Ridwan di nombor: 016-2060 136

Syarikat bersedia menawarkan khidmat tersebut secara percuma dan jika anda mahu Knockout Fumigation melakukan khidmat pest control umum yang saya sebutkan di atas, syarikat ada menyediakan khidmat tambahan memantau kehadiran anai-anai dengan melakukan pemeriksaan setiap kali melakukan servis rutin.

Khidmat pest control umum menawarkan servis setiap 2 bulan sekali untuk setahun. Ini bermakna anda mendapat rawatan serta pemeriksaan percuma sebanyak 6 kali setahun. Khidmat ini mampu melegakan perasaan anda dari gangguan lipas, semut dan juga tikus. Dalam masa yang sama memantau kehadiran anai-anai di seluruh rumah anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Maklumat anai-anai di Google

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment