Sunday, March 17, 2013

Rupa anai-anai kasta Tentera

  Unknown       Sunday, March 17, 2013
Anai-anai punyai beberapa kasta penting dalam sesebuah koloni yang mereka bentuk. Antara kasta yang penting untuk anai-anai adalah daripada kasta tentera.

Lihat gambar yang dipaparkan untuk mengenali rupa bentuk kasta tentera ini. Anda boleh lihat rupa kepalanya yang besar dan berwarna coklat. Dia juga mempunyai dua anggota seperti paruh pada hujung kepalanya.

Disebabkan anggota seperti paruh itulah membuatkan anai-anai daripada kasta tentera ini tidak dapat melakukan aktiviti mencari makannya sendiri. Ini kerana anai-anai perlu menggunakan mulutnya untuk menarik bahan selulose dari kayu satu persatu-satu.


Oleh kerana mulut anai-anai tentera dilindung oleh paruh tersebut, maka dia tidak dapat melakukan aktiviti menarik bahan selulose kayu. Bukan setakat itu sahaja, malah anai-anai tentera juga tidak dapat makan dengan sendiri.

Untuk makan, anai-anai tentera terpaksa mendapatkanj bantuan daripada anai-anai pekerja untuk menyuap makanan masuk ke dalam mulutnya.

Tugas anggota tentera sebenarnya adalah melindungi koloni sepenuh masa. Mereka akan meronda sekeliling kawasan untuk membuat pengawasan dan memberikan amaran pada semua yang lain jika ada musuh atau gangguan.

Apabila terdapat musuh, anai-anai tentera akan mengetukkan kepalanya yang keras pada kayu dan menghasilkan bunyi "tik-tik". Maka keseluruhan anai-anai pekerja akan melindungi diri masing-masing sambil anai-anai tentera akan mengawal tempat yang dilanda masalah.

Selain dari itu, ketukan kepala pada kayu juga adalah untuk mendapatkan maklumat keluasan kayu yang ada. Dengan itu mereka akan mengerah jumlah anai-anai pekerja yang cukup tidak kuran dan tidak lebih untuk melaksanakan kerja mengangkut makanan yang ada.

Jumlah anai-anai tentera dalam sesebuah koloni tidak banyak. Biasanya dalam lingkungan 20% sahaja daripada keseluruhan jumlah anai-anai yang ada. Lebihan jumlah yang ada akan dihapuskan kerana ia hanya akan menyusahkan pengurusan keseluruhan koloni anai-anai yang ada.

Demikianlah sedikit maklumat tentang anai-anai kasta tentera seperti mana gambar yang dipaparkan dalam entri ini. Moga bermanafaat buat sesiapa yang membacanya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rupa anai-anai kasta Tentera

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment