Thursday, May 30, 2013

Sukar kawal serangga di pusat proses makanan

  Mohd Shubhi       Thursday, May 30, 2013
Jika anda terlibat dalam industri pembuatan makanan, anda tentu tahu betapa makanan yang dikeluarkan oleh kilang tempat anda bekerja perlu bebas daripada serangan serangga perosak.

Serangan serangga dan makhluk perosak pada pusat proses makanan boleh mengakibatkan malapetaka yang dasyat jika tidak dikawal dengan betul. Ia menjadi lebih penting andainya serangga atau makhluk tersebut melibatkan vektor pembawa penyakit seperti Lipas, Lalat dan Tikus.

Oleh itu, kawalan serangga dan makhluk perosak cukup penting dalam pusat pembuatan atau pengeluaran makanan. Dan dalam masa yang sama untuk mengawal serangan serangga dan makhluk perosak pada premis makanan bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia merupakan satu cabaran pada pengusaha kilang makanan dan pusat pembuatan serta pengeluar makanan yang perlu di atasi jika mahu perniagaan mereka tidak gulung tikar. Antara faktor yang menyebabkan kawalan serangga dan makhluk perosak di situ sukar adalah:


  1. Kemasukan bahan mentah dari luar dan juga bahan pembungkusan ke dalam kilang merupakan salah satu punca kemasukan serangga dan makhluk perosak yang sukar untuk dikawal. Barang masuk setiap hari dan ini mendatangkan risiko pemain import dari luar masuk ke dalam kilang dan merebak.
  2. Kilang makanan sudah tentu diselubungi dengan berbagai bau-bauan makanan. Ini juga satu punca yang cukup kuat menarik serangga dan juga makhluk perosak untuk datang mauk ke dalam kilang.
  3. Pemasangan lampu di kawasan luar kilang terutamanya pada kawasan berhampiran pintu atau tingkap akan menarik serangga dari luar menghampiri kilang.
  4. Kilang makanan biasanya aman damai dan lembab terutamanya di kawasan operasi pembuatan makanan. ini merupakan kondisi yang cukup digemari oleh serangga dan makhluk perosak.
  5. Banyaknya mesin, konveyer, saluran paip dan lubang atau rekahan pada dinding dan lantai membuatkan kawasan tersebut menjadi pusat penginapan dan pembiakan serangga dan makhluk perosak.
  6. Bagi kilang makanan yang sudah lama beroperasi, peralatan yang lama biasanya terlalu sukar untuk dibersihkan dan di selenggara.
  7. Dalam dunia moden ini, kebanyak kilang akan beroperasi selama 24 jam 7 hari tanpa henti. Ini menyukarkan kerja-kerja kawalan dan rawatan di lakukan.
  8. Ada banyak habuk, lemak berminyak, suhu yang tinggi pada kawasan operasi, dan keadaan yang sering lembab dan basah. Semua keadaan tersebut membuatkan bahan kimia yang diletakkan bagi membunuh serangga menjadi tidak berkesan.
  9. Kilang makanan juga akan sering dibasuh demi menjaga kebersihan. Ini juga akan menghilangkan kesan bahan kimia yang diletakkan bagi membunuh serangga dan makhluk perosak.
  10. Aktiviti operasi seperti penggunaan forklift, kerja-kerja pencucian juga merosakkan perangkap serangga dan makhluk perosak.
  11. Akhir sekali halangan yang paling teruk yang membuatkan kilang atau pusat proses makanan tidak dapat mengawal serangan serangga dan makhluk perosak adalah....pengurusan kilang tidak mahu dan kedekut untuk keluarkan duit bagi kerja-kerje pengurusan serangga dan makhluk perosak.
Banyak cabaran yang disenaraikan di atas dapat diatasi jika adanya perancangan yang terperinci dan kerjasama dari semua pihak.

Tetapi jika faktor no 11 berlaku, tidak ada sesiapa yang dapat selesaikan masalah lagi melainkan seseorang perlu membuat laporan pada pihak berkuasa agar menyerbu kilang dan membuat pemeriksaan kebersihan dan bebas serangan serangga dan makhluk perosak di premis tersebut.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sukar kawal serangga di pusat proses makanan

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Saya adalah pengimport makanan laut kering dan ingin bantuan Encik dengan segera.

    Semut telah merosakkan sbahagian dari stock saya, mohon sekiranya encik ada membekalkan pestisid yg sesuai.

    Terima kasih.

    ReplyDelete