MyPestNews

Your Pest Control Info

Thursday, June 13, 2013

3 kerosakan yang dibuat anai-anai

  Mat Bihi       Thursday, June 13, 2013
Anai-anai bukan sejenis serangga atau makhluk yang mendatangkan penyakit kepada manusia. Anai-anai sebaliknya merupakan sejenis makhluk perosak.

Umum mengetahui bahawa anai-anai memang kerjanya merosakkan harta benda kepunyaan manusia. Tapi apakah sebenarnya kerosakan yang dilakukan oleh anai-anai pada kita?.

Berikut adalah 3 perkara kerosakan yang dilakukan anai-anai untuk maklumat permbaca:


  1. Merosakkan kayu di rumah atau bangunan lain yang mempunyai kayu. Struktur bangunan yang dibuat daripada kayu berdepan dengan bahaya kerosakan oleh anai-anai. Biasanya anai-anai yang paling bahaya merosakkan struktur kayu pada bangunan adalah anai-anai bawah tanah terutamanya dari spesis Coptotermes.
  2. Merosakkan peralatan kayu di dalam dan diluar rumah. Jika segala struktur bangunan dibuat daripada bahan metal dan juga batu, anai-anai tetap mendatangkan masalah kerana mereka akan menyerang perabut serta peralatan lain yang berada di dalam bangunan. Tiang elektrik atau bahan dari kayu di luar rumah juga menjadi bahan serangan anai-anai dengan mudah.
  3. Menjejaskan pertanian, perhutanan dan tanaman di dalam bandar.  Ada dua spesis anai-anai bawah tanah yang kerjanya membunuh pokok-pokok hidup. Mereka adalah dari spesis Coptotermes curvignathus dan Microcerotermes dubius. Mereka mula makan kulit dan bahagian luar pokok yang akhirnya melemahkan dan mematikan pokok tersebut. Ada kalanya mereka mula makan terus dari dalam.
Daripada maklumat di atas, memang anai-anai tak menyerang dan mendatangkan penyakit pada manusia. tetapi jika lantai atau tiang atau perabot di rumah dimakan dan kita tidak menyedarinya, kita meletakkan diri dalam keadaan bahaya.

Untuk menyelamatkan harta benda anda, pastikan anai-anai dihapuskan daripada bermaharajalela di dalam bangunan tempat anda tinggal.

Hubungi Fizi 012-2067 357 untuk mendapatkan maklumat teknologi menghapuskan anai-anai secara umpan. Ia mampu membunuh keseluruhan anai-anai yang ada di sekeliling rumah anda.

Penting! khidmat pemeriksaan anai-anai adalah percuma. Hubungi Fizi 012-2067 357
logoblog

Thanks for reading 3 kerosakan yang dibuat anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment