Thursday, June 27, 2013

Perkara asas syarikat pest control perlu ada

  Mohd Shubhi       Thursday, June 27, 2013
Dalam mana-mana perniagaan, usahawan perlu sediakan perkara asas yang membolehkan perniagaan berjalan dan seterusnya berkembang secara perlahan-lahan dan maju.

Begitu juga dalam perniagaan perkhidmatan kawalan serangga dan makhluk perosak yang semakin mendapat tempat di negara kita Malaysia.

Berikut senarai perkara asas yang setiap syarikat pest control perlu sediakan untuk memastikan perkhidmatannya berjalan lancar dan dapat memenuhi keperluan pelanggannya.


  1. Lesen. Terdapat berbagai lesen yang perlu disediakan oleh para peniagan pest control. Antara yang penting adalah:
    • Lesen perniagaan - untuk mendapatkan lesen ini, syarikat terpaksa menyediakan berbagai lagi keperluan untuk ditunjukkan pada pihak majlis berkuasa. Antaranya adalah seperti pendaftaran syarikat, keselamatan pejabat dan lain-lain.
    • Lesen pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak - Lesen sebagai pengendalai atau dinamakan PCO licensed memerlukan semua peniaga pest control menyediakan pekerja yang terlatih dan bertauliah. Selain itu, mereka perlu pastikan mempunyai lesen menjual dan menyimpan racun dan pejabat operasi perlulah mengikuti standard yang ditetapkan.
  2. Produk yang ditawarkan. Tiada produk maka tiada lah perniagaan. Dalam pest control produk asas yang mesti ada adalah seperti"
    • Kawalan serangga perosak umum. Ini kebiasaannya melibat kawalan serangga dan makhluk perosak seperti lipas, semut dan tikus.
    • Kawalan dan juga khidmat menghapuskan anai-anai.
  3. Kenderaan. Kebiasaannya syarikat pest control menggunakan van sebagai kenderaan operasi utama mereka. Tetapi, ada juga syarikat yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan para pekerja yang menjalankan khidmat kawalan serangga perosak umum di kawasan perumahan.
Sebagai pengguna, anda perlu perhatikan ketiga-tiga perkara asas di atas dalam memilih syarikat untuk menjalankan urusan pengurusan serangga dan makhluk perosak di premis anda.

Pastikan syarikat ada ketiga-tiga perkara asas dan perhatikan samada lesen yang ditunjukkan masih hidup. 

Kenderaan yang dibawa oleh syarikat juga perlu diperhatikan. jangan pilih syarikat yang membawa kenderaan buruk dan tidak terurus dalam melaksanakan kerja mereka.

Jika keadaan kenderaan yang teruk, tidak terurus dan tidak bersih, bermakna penyelenggaraan kenderaan juga diabaikan.

Berkemungkinan syarikat tersebut akan sering memberikan alasan lewat dan batal temujanji disebabkan kenderaan rosak di tengah jalan adalah amat tinggi.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perkara asas syarikat pest control perlu ada

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Hubungi kami jika anda mengalami masalah dengan serangga perosak contohnya pepijat, semut, lipas, anai2 dan juga tikus.. hubungi kami atau whatsapp 0146521134 dayang aisyah

    ReplyDelete
  2. Tuan, kt mana boleh belajar kursus asas pest management?

    ReplyDelete
  3. Nak ambil exam Pengendali Kawalan Makhluk Perosak. Saya ada bahan baca digital dari Jabatan Pertanian.
    Berminat boleh whatsapp saya 0176681193.

    ReplyDelete