Wednesday, August 14, 2013

Masalah pepijat di Asrama Kampus Pengajian

  Ano Nyme       Wednesday, August 14, 2013
Antara tempat yang cukup sinonim dengan serangan pepijat selain daripada rumah dan hotel adalah asrama kampus pengajian yang menempatkan para pelajar kolej atau universiti.

Berbagai cara pepijat dapat merebak untuk masuk ke dalam asrama. Cukup dengan hanya beberapa pelajar yang datang membawa beg pakaiannya yang terselit bersama beberapa ekor pepijat dan juga telur pepijat.

Pepijat tersebut akan meloncat keluar ke kampus penempatan pelajar yang luas terbuka dengan keadaan persekitaran yang berselerak. Selepas itu mereka mula selesasakan diri di celah-celah perabut, katil, tilam dan spring.

Kawal pepijat di asrama dengan jaga kebersihan

Jika kebersihan tidak dijaga dan pelajar tidak mengamalkan disiplin mengemaskan keadaan bilik tanpa serakan, pepijat akan merayap dan menyelit pada pakaian atau tuala yang tersepuk di lantai atau tepi dinding.

Apabila pakaian tersebut diubah atau digerakkan ke tempat lain atau bilik yang lain, maka merebaklah serangan pepijat ke tempat lain pula dan begitulah serangan menjadi besar dan sukar untuk dipulihkan.

Dari segi penyakit, pepijat bukanlah sejenis serangga yang membawa penyakit merbahaya yang boleh merebak kepada manusia lain. Oleh itu tahap bahaya serangan pepijat tidak lah tinggi.

Namun begitu, gigitan pepijat yang menghisap darah manusia ketika tidur membuatkan kulit menjadi gatal, berbijik, merah dan berbisa. bagi mereka yang alergik pada gigitan serangga akan mengalami keadaan yang lebih teruk.

Oleh itu adalah lebih baik para pelajar dielakkan daripada terkena serangan pepijat di kawasan penempatan mereka di asrama kampus kolej atau universiti.

Kenali kehadiran pepijat di asrama

Pelajar perlu tahu kenal pasti pepijat. Ini akan memudahkan mereka mendapat tahu samada asrama penempatan yang mereka tinggal itu telah diserang pepijat atau tidak.

Untuk mereka yang tidak tahu bagaimana mengenal pasti pepijat, sila baca tulisan Bagaimana Kenali Pepijat yang telah ditulis sebelum ini.

Anda juga boleh dapatkan maklumat bagaimana mengawal serangan pepijat dengan membaca tulisan sebelum ini yang bertajuk Bagaimana Membenteras Pepijat.

Untuk mengelakkan diri pelajar daripada digigit pepijat, mereka boleh memasang sarung tilam anti-pepijat pada tilam yang bakal mereka gunakan. Biasanya sarung tilam tersebut juga bagus untuk mengawal hama yang terperangkap di dalam tilam yang boleh mendatangkan alergik.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masalah pepijat di Asrama Kampus Pengajian

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment