Wednesday, January 29, 2014

Masalah kutu babi atau cengkenit

  Mohd Shubhi       Wednesday, January 29, 2014

gigitan kutu babi atau sengkenit

Antara masalah gigitan yang biasa melanda kanak-kanak kampung adalah masalah kutu babi atau cengkenit. Bagi orang utara macam saya, kami biasa memanggil kutu babi sebagai cengkenit sahaja. Mungkin ada orang utara yang tak pernah dengar atau pakai nama Kutu Babi ini.

Dalam bahasa Inggeris, Kutu Babi ini dipanggil Tick. Ia berada di dalam keluarga Ixodidae bagi kutu babi yang berkulit keras, atau dalam keluarga Argasidae, bagi kutu babi yang berkulit lembut.

Terdapat lebih dari 700 spesis kutu babi dari jenis berkulit keras ini. Kulitnya agak keras jugak. Jika setakat pijak dengan kasut yang tak berapa keras tapaknya, beluim pasti dapat melenyetkan kutu babi ini. Kecuali jika perutnya dah kembung dipenuhi darah, maka senanglah untuk melumatkan binatang atau serangga kecil tersebut.

Di mana biasanya masalah kutu babi atau cengkenit ini ada

Agak jarang-jarang kita dengar orang bandar atau anak-anak mereka digigit oleh kutu babi atau cengkenit ini. Kecuali jika anak-anak balik ke kampung ketika cuti, maka di sana mereka baru dapat alami pengalaman digigit kutu babi atau cengkenit.

Kutu babi ini cukup sesuai membiak di kawasan yang tahap kelembapannya tinggi serta dalam keadaan suhu yang suam-suam kuku. Jika cuaca terlalu panas dan kering, mereka tidak dapat membiak dengan cergas.

Satu lagi keperluan hidup kutu babi adalah wujudnya host atau induk yang banyak untuk ditumpang oleh kutu babi. Induk yang biasanya kutu babi suka tumpang adalah terdiri daripada binatang mamalia atau burung. Kadangkala mereka juga menumpang pada reptilia dan juga amphibia tetapi amat jarang.

Oleh itu jika hanya anak-anak kampung saja yang biasanya menghadapi masalah kutu babi atau cengkenit ini, adalah perkara biasa. Kerana biasanya dikampunglah terkumpulnya tiga faktor utama yang menyeronokkan kutu babi membiak, iaitu, lembab, suhu sederhana dan banyak binatang untuk ditumpang dan dihisap darahnya.

Masalah kutu babi dalam bab kesihatan manusia

Kutu babi bukan saja hisap darah lembu, kucing, babi hutan, kambing atau lain-lain binatang. Mereka juga gemar hisap darah manusia.

Jika kita merayau dalam belukar di mana ada kutu babi sedang bertenggek menunggu mangsanya, sebaik saja kita melalui berhampiran dengan kutu babi, dia akan terus mencangkukkan dirinya pada kita dan mula merayap.

Biasanya kutu babi akan merayap perlahan-lahan di atas badan kita dan mencari kawasan yang berkulit nipis. Ini untuk memudahkannya membelah kulit dan menghulurkan muncungnya bagi menghisap darah kita. Najis yang dikeluarkannya membantu darah menjadi cair dan tidak beku.

Sebab itu kita biasa melihat kutu babi sering bertapak di kawasan sensitif anggota badan kita seperti telinga, mata, kulit kemaluan, dan lain-lain bahagian yang berkulit nipis.

Bila disebut hisap darah sudah tentu semua orang tak suka. Salah satu masalah yang akan timbul bila ada serangga hisap darah kita ada masalah gatal. Ini disebabkan adanya bakteria pada kawasan gigitan kutu babi itu.

Kutu babi juga diketahui membawa beberapa penyakit yang merbahaya seperti penyakit yang dipanggil sebagai Lyme Disease. Penyakit ini boleh diubati dengan antibiotic jika dirawat awal. Jika ditangguhkan ianya agak merbahaya.

Bagaimana nak tanggalkan kutu babi atau cengkenit yang sedang hisap darah

Bila kutu babi atau cengkenit ini sedang menggigit hisap darah kita, ia akan mengcengkam dengan agak kuat. Bukan mudah untuk tanggalkannya. Apatah lagi jika ia sedang menghisap darah pada kawasan sensitif dan lembut pada kulit kita.

Biasanya orang kampung akan sapukan kapur sireh untuk memudahkan cengkenit ini menanggalkan dirinya. Formulanya adalah dengan lenyapukan benda yang panas. Oleh itu jika anda sapu minyak cap kapak atau seumpamanya, dapat membantu menanggalkan cengkenit tersebut.

Untuk memudahkan lagi usaha menanggal cengkenit anda boleh menggunakan bantuan penyepit. Sepit pada anggota badan cengkenit dan tarik perlahan-lahan.

Biasanya kita akan melenyet untuk menghancurkan cengkenit tersebut kerana geram. Tetapi oleh kerana ia merupakan salah satu faktor yang mungkin membawa penyakit seperti demam, elok disimpan dalam bekas telap udara (plastik dan lain-lain).

Simpan seketika antara 3 ke 30 hari untuk pastikan kita atau anak kita tidak menunjukkan apa-apa simtom demam atau lain-lain penyakit. Manalah tahu jika ia ada kena mengena dengan cengkenit yang menggigit, kita ada sample cengkenit untuk ditunjukkan pada pakar bagi mengenal pasti masalah utamanya.

Kawalan masalah kutu babi atau cengkenit

Ada kajian yang mengatakan bahawa penyengat merupakan salah satu serangga yang boleh membunuh pembiakan kutu babi atau cengkenit ini. Oleh itu, jika anda ada bela kambing atau lembu, penyengat sebenarnya ada manfaat yang baik untuk masalah kutu babi ini.

ayam guinea suka makan kutu babi
Satu lagi cara mengawal pembiakan cengkenit adalah dengan membela sejenis ayam atau burung yang kita panggil ayam Guinea. Jika anda ada membela ayam guinea sebanyak dua ekor, ia mencukupi bagi menghapuskan kutu babi seluas kawasan 2 ekar dalam masa setahun. Oleh itu, pastikan orang kampung yang ada masalah kutu babi ada membela ayam guinea.

Demikianlah serbab sedikit maklumat berkenaan masalah kutu babi atau cengkenit untuk pengetahuan anda yang pernah melaluinya. Moga ia mendatangkan manfaat pada anda yang membacanya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masalah kutu babi atau cengkenit

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. kucing saya dihisap darahnya oleh kutu. sama ada kutu babi mahupun kutu kayu kata ayah saya. saya tinggal di kawasan kampung dan rumah saya ada dinding kayu. ubat untuk kucing?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih En Subhi. Baru tahu bela burung tu dapat kurangkan kutu babi.

    https://buy.onpay.my/order/form/kerimo/razak

    ReplyDelete
  3. Thank you so much!!sangat membantu

    ReplyDelete
  4. baru je mmber tolong kepit kutu babi kt celah mata pagi ni...adakah kutu babi boleh berjangkit pada mangsa berlainan?saya jumpa anak mmbr ptg semalam kt kenduri dia baru lps kne gigit kutu babi...saya d rasa sakit kt celah mata dari ptg smlm,pagi ni baru sedar kene gigit jgk

    ReplyDelete