Tuesday, January 14, 2014

Panduan memilih Syarikat Pest Control di Malaysia

  Mohd Shubhi       Tuesday, January 14, 2014

bagaimana nak pilih syarikat pest control
Ramai orang yang menghadapi masalah diserang serangga dan juga makhluk perosak di persekitaran bandar terpaksa mendapatkan khidmat syarikat pest control. Tetapi, tahukah anda bagaimana cara terbaik untuk memilih syarikat pest control?

Siapa biasanya yang terlibat dalam kerja memilih sayarikat pest control ini?


Biasanya mereka yang tinggal di sekitar kawasan perbandaran atau pekan memang perlu memilih syarikat pest control.

Kebiasaannya mereka terdiri dari:

  • Surirumah,
  • Pengusaha restoran
  • Pengusaha hotel
  • Pengusaha pusat penjagaan kanak-kanak
  • Pengusaha kilang proses makanan
  • Pengusaha perkhidmatan pergudangan
  • Peungurusan penyelenggaraan bangunan atau
  • Tuan punya mana-mana bangunan yang ada di bandar atau pekan.
Mereka yang saya sebutkan di atas tidak dapat lari daripada menggunakan khidmat syarikat pest control.

Bila kita perlu memilih syarikat pest control

Berikut disenaraikan beberapa sebab dimana kita perlu mula memilih syarikat pest control:

  1. Syarikat Pest Control diperlukan dalam kerja-kerja mengawal kerosakan struktur bangunan yang dilakukan oleh anai-anai, woodborer, atau tikus.
  2. Syarikat Pest Control juga diperlukan dalam mengawal penyakit bawaan serangga perosak seperti lipas, tikus,dan burung. 
  3. Syarikat Pest Control juga dapat membantu kita dari gangguan makhluk perosak seperti semut, tebuan, pepijat, lebah, pengingat, lipas, ulat bulu, monyet, musang dan lain-lain.

Ada banyak syarikat, perlu tahu cara memilih syarikat pest control

Terdapat banyak syarikat Pest Control dalam pasaran sekarang ini ada yang berkelayakan dan banyak juga yang tidak berkelayakan. Bagaimana kita dapat memastikan kita mengupah syarikat yang benar-benar berkelayakan?

Sebenarnya industri kawalan serangga dan makhluk perosak dikawal di bawah Akta Racun Perosak 1974. (PESTICIDES ACT 1974 (ACT 149)) di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, yang merupakan sebuah badan yang berkuasa dalam industri ini. Biasanya mereka di panggil sebagai Lembaga Racun dan Makhluk Perosak.

Berikut adalah cara memilih syarikat pest control yang betul:

1. Pastikan syarikat adalah sebuah organisasi perniagaan yang berdaftar. Ini memudahkan sebarang urusan jika ada masalah penipuan atau tidak puas hati.
2. Pastikan syarikat mempunyai premis atau pusat perniagaan yang tetap dan mempunyai lesen perniagaan dari Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Ini bagi mengelakkan syarikat beroperasi secara haram dan tidak tersusun perniagaan mereka.
3. Pastikan mereka mempunyai lesen menyimpan dan menjual racun makhluk perosak. Ini merupakan keperluan yang wajib ada bagi sesebuah syarikat yang layak beroperasi dan berniaga perkhidmatan pest control.
4. Pastikan mereka mempunyai lesen pengendali kawalan makhluk perosak. Ini juga merupakan sayarat wajib untuk pastikan mereka adalah sebuah syarikat bertauliah dan tahu apa yang mereka lakukan serta bertanggung jawab.
5. Pastikan syarikat mempunyai pekerja yang bertauliah yang memegang lesen PAL (Pesticide Applicator License) atau APAL (Assistant Pesticide Applicator License). ini juga perlu dan wajib diadakan oleh semua syarikat yang menjalankan perkhidmatan kawalan serangga perosak di premis orang atau pihak ketiga.

Memilih syarikat pest control dan membuat pemantauan

Anda boleh membantu memastikan industri ini agar tidak dicemarkan oleh syarikat yang tamak dan tidak beretika dengan memantau perkara-perkara berikut:

  1. Pastikan mereka hanya menggunakan bahan kimia yang berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak. Anda boleh memeriksanya dengan melihat botol bahan kimia yang digunakan terdapat No Pendaftaran yang bermula dengan LRMP….
  2. Pastikan syarikat mematuhi etika pemeliharaan alam sekitar dengan tidak membuang bekas racun atau racun di merata tempat. 
  3. Pastikan pekerja syarikat memakai peralatan keselamatan yang bersesuaian. Ini melambangkan sikap prihatin pekerja terhadap keselamatan diri serta orang lain. 
  4. Pastikan syarikat Menggunakan peralatan khas dalam melaksanakan kerja-kerja rawatan seperti peralatan semburan industri, peralatan thermal fogging yang selamat dan tidak mengeluarkan api yang merbahaya. 
  5. Pastikan pekerja syarikat mampu menjawab soalan-soalan mudah tentang tabiat serangga yang di kawal dan memberikan khidmat nasihat kawalan jangka panjang jika diperlukan.

Bagaimana jika anda tersilap memilih syarikat pest control

Industri kawalan serangga dan makhluk perosak di Malaysia mempunyai persatuan yang bertindak sebagai wakil atau jurucakap industri dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa kerajaan dalam memastikan perkembangan budaya industri ini secara sihat.

Adalah amat penting sekali memastikan syarikat yang anda pilih merupakan syarikat yang berdaftar dengan Persatuan Pest Control Malaysia atau PCAM (Pest Control Association of Malaysia).

PCAM dapat memastikan segala rungutan atau ketidak puasan hati para pelanggan ahlinya diberi perhatian dan kadangkala akan bertindak sebagai penimbang tara dalam kes-kes yang berat di antara syarikat pest control dengan pelanggannya.

Demikianlah serba sedikit panduan yang boleh anda gunakan dalam proses memilih syarikat pest control.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panduan memilih Syarikat Pest Control di Malaysia

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Salam, bang, saya pernah mengupah syarikat pest control yang berlesen. Tapi kecewa dengan cara kerja. Sebelum bagi kerja, mcm2 dia tunjuk, lesen kewangan taraf bumiputra, lesen pal, entah apa2 lagi. Lepas buat kerja semburan hancur rumah saya. Bukan makin baik, makin teruk. Skrg dah tak boleh percaya. Mcm ustaz bila pakai serban kita sangka org tu baik. Tapi sebalik tuhan je yang tahu. Last sekali saya buat sendiri atas bantuan anak sedara saya yang bekerja dengan syarikat Rentokil. Nasib baik dia tolong tunjukan cara. Baru semuanya okey. Susah nak percaya lagi. Rasanya serik. Tu yang ada lesen. Tak tahu mcm mane boleh dpt lesen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang saya berikan cuma guideline. Memang ada syarikat yang tidak ada jiwa keusahawanan yang tulin dan tidak berfikir panjang. Tapi jangan sampai kita labelkan atau blacklist kesemua syarikat macam itu. Blacklistlah sahaja syarikat berkenaan. Terima kasih

      Delete
  2. saya dalam proses buat rumah,bilakah masa yang sesuai nak buat semburan anti anai2 ni ? adakah betul cara dengan menyembur di sekitar beam konkrit ? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu dari tempat yang disembut memang pada slab atau beam konkrit rumah yang kita bina. Jangan lupa juga semburan pada permukaan lantai sebelum dituang simen konkrit ke atasnya untuk lantai.

      Cara terbaik untuk semburan itu adalah dengan kadar 5liter bancuhan untuk setiap satu meter persegi. Di seumbur secara menyeluruh.

      Untuk lebih baik lagi boleh dilapik plastik pada permukaan tanah selepas semburan agar bila simen dituang, air pada simen itu tidak mencairkan racun yang telah disembur.

      Delete
  3. Assalamualaikum tuan, saya ada masalah, boleh bantu tak? Rumah saya 2 tingkat corner lot, di tingkat atas terdapat anai-anai yang aktif di 2 buah bilik dan bilik air. Bagaimana saya boleh musnahkan dan selesaikan masalah tersebut? saya telah dapat bahan cecair drp pest control namun selepas saya semburkan, anai-anai berpindah ke kawasan lain. Mohon bantuan pakar

    ReplyDelete