Saturday, February 22, 2014

Pinjal, satu lagi penghisap darah selain pepijat

  Mohd Shubhi       Saturday, February 22, 2014
kutu kucing
Pernahkah anda mendengar perkataan pinjal? ada yang mungkin tak biasa dengan perkataan tersebut kerana dah biasa menggunakan perkataan kutu.

Ramai yang dah tahu bahawa pepijat kerjanya hisap darah mamalia. Oleh itu ramai yang fobia dengan kehadiran pepijat di katil atau di tempat tidur di rumah kita.

Tetapi ada satu lagi jenis serangga atau makhluk halus yang kerjanya juga menghisap darah mamalia.

Jika disebut makhluk yang menghisap darah mamalia, ertinya sudah tentu makhluk tersebut juga menghisap darah kita, yakni manusia.

Selain dari pepijat, kutu atau pinjal juga menjadikan darah manusia sebagai makanan mereka. Selain dari manusia, mereka juga menghisap darah burung, ayam atau binatang lain yang ada di rumah kita.

Sedikit fakta tentang pinjal

Sebenarnya terdapat lebih daripada 3 ribu spesis pinjal di dunia. Tetapi daripada jumlah tersebut, hanya sedikit sahaja, iaitu dalam lingkungan 12 spesis, yang penting dari segi kesihatan manusia atau veterinar.

Pinjal ini bentuknya kecil sahaja. Ia bersaiz antara 1 mm hingga 4 mm. Ia juga tidak ada sayap. Bila berubah menjadi pinjal dewasa, pinjal mula menghisap darah mamalia dan juga burung. Bentuk badanya yang leper menegak memudahkan kita untuk mengenalnya. Warnanya pula lazimnya adalah perang.

Tabiat pinjal

Kitaran hidup pinjal bermula daripada Telur, kemudiannya bertukar menjadi  Larva. Selepas itu bertukar lagi menjadi Pupa dan akhirnya menjadi Pinjal Dewasa.

Telurnya berwarna putih berkilauan dan biasanya diletakkan celah sayap atau celahan bulu perumah ataupun di sarang. Larva pula kelihatan seperti cacing yang bersaiz antara 4 mm ke 10 mm. Larva mempunyai bahagian mulut untuk mengunyah makanan berupa serpihan organik atau najis pinjal dewasa.

Apa yang menarik tentang pinjal

Setelah bertukar rupa sebanyak 3 kali di peringkat larva, akhirnya pinjal akan berubah kepada Pupa. Di peringkat ini, biasanya ia mengambil masa antara seminggu atau dua minggu untuk muncul menjadi pinjal dewasa.

Tetapi, apa yang menariknya adalah pupa boleh kekal dalam keadaan tersebut untuk selama satu tahun tanpa makan dan tanpa minum.

Biasanya penetasan pinjal dewasa daripada pupa diransang oleh getaran atau pergerakan. Sebaik saja ada getaran, maka terpancullah pinjal dewasa keluar daripada pupa tersebut.

Sebab itulah kita sering terjumpa ada seperti banyak serangga halus yang meloncat naik pada kaki kita bila memasuki rumah yang sudah lama ditinggalkan.

Rumah yang memang dah ada pinjal, jika ditinggalkan akan mula membiakkan pinjal dan akan kekal dalam rupa Pupa sehinggalah adanya getaran datang pada rumah tersebut.

Oleh itu bila kita masuk sahaja, mereka meloncat dan hinggap pada kaki atau anggota lain badan kita dan mula menghisap darah. Pinjal yang tak makan boleh bertahan selama setahun manakala pinjal yang makan pula boleh hidup selama 5 tahun. Oleh itu berhati-hatilah jika anda ada pinjal di kawasan penginapan anda.

Kaedah mengawal pinjal di rumah

Pinjal walaupun kecil, ia hisap darah dan boleh mendatangkan malapetaka penyakit yang merbahaya. Kes kematian terakhir berlaku di Singapura pada tahun 1933 di aman seramai 765 kes wabak akibat daripada pinjal ini dan seramai 712 orang dilaporkan mati.

Negara kita Malaysia telah berjaya menghapuskan wabak akibat daripada bawaan pinjal ini sejak tahun 1928.

Cara mengawal pinjal:

  • Kebersihan atau sanitasi - Sering bersihkan lantai rumah dengan mop dan campurkan bersama sabun atau sedikit racun serangga untuk menaggal atau membunuh telur dan peringkat belum matang serangga ini. Anda juga boleh sering vakum kawasan rumah untuk hilangkan habus dan serpihan yang mejadi pemangkin kepada pembiakan pinjal.
  • Perlindungan diri - Anda boleh pakai pakaian yang disapu dengan piretroid seperti permetrin. Bahan penghalau seperti deet juga boleh digunakan.
  • Penggunaan racun serangga - Jika pinjal menyerang binatang pelharaan anda seperti kucing atau anjing, pastikan anda gunakan samada syampu atau debu untuk membunuh pinjal pada bulu mereka. Jika pinjal merebak di rumah anda. Gunakan racun serangga seperti aerosol atau racun semburan lain dan sembur pada setiap rekahan dan lantai ang ada banyak pinjal. Jemur tilam, cadar dan seumpamanya pada tempat panas.
Anda boleh dapatkan perkhidmatan syarikat pest control untuk melakukan rawatan dengan cara pewasapan di rumah anda jika serangan terlalu besar. Sila hubungi 03-78466722 untuk mendapatkan bantuan.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pinjal, satu lagi penghisap darah selain pepijat

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Tolong......rumah saya kena attack dgn kutu kucing...help...help..habis kaki ,tgn n badan luka2😭

    ReplyDelete