Jika kita nak lawan musuh, langkah terbaik adalah dengan mengenali secara lebih mendalam berkenaan musuh tersebut.
Begitu juga lalat, jika kita mahu kuasai lalat dan menghapuskan lalat, kita esti selidiki segala yang perlu yang membolehkan kita memahami lalat.
Dan salah satu perkara penting dalam mengenali lalat ini adalah memahami tabiat makan mereka.
Bagaimana lalat cari makan
Lalat akan terbang bergerak ke sana sini sebaik sahaja dia boleh terbang. Begitulah cara lalat menerokai persekitarannya. Dan begitulah juga cara lalat mencari makan.Lalat menggunakan derianya untuk mengesan bau dan juga tahap kelembapan bagi mencari makanan. Apabila bertemu dengan sesuatu, dia akan berhenti untuk kenal pasti samada ianya adalah makanan.
Ketika singgah pada benda yang ditemuinya, lalat akan merasa benda tersebut menggunakan organ kecil pada kaki dan probosis atau apa yang kita boleh panggil sebagai belalai. Jika makanan tersebut adalah cecair, lalat akan menyedutnya.
Jika benda yang ditemuinya adalah pepejal, lalat tidak dapat makan atau merasa benda atau makanan itu secara terus. Lalat tidak mengunyah seperti kita.
Apa yang lalat lakukan pada benda keras atau pepejal adalah merembeskan cecair dari perut dan air liurnya pada benda pejal itu. Ini bertujuan untuk mencairkan pepejal yang ditemuinya sebelum dia mampu merasa menggunakan belalainya.
Ini menjawab persoalan yang mungkin anda sering bertanya kenapa lalat suka pergi ke tempat di aman ada lalt lain.
Sebabnya adalah kerana makanan yang telah disinggah oleh lalat lain telah dilarutkan sedikit terlebih dahulu oleh lalat itu. Oleh itu, bila ada lalat baru melalui kawasan tersebut, dia akan singgah pada tempat yang dah ada lalat kerana rasanya lebih sedap dan lebih mudah untuk makan.
Jenis makanan yang dimakan lalat
Secara umumnya lalat akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh manusia. Lalat amat perlu kepada air dan kegemaran lalat adalah iar yang ditambah dengan sedikit gula.lalat yang kekeringan dan tidak mendapat bekalan air selama lebih dari 48 jam akan mati. Oleh itu, jika kita dapat menjadikan persekitaran rumah kering dan bersih, lalat akan berjaya di kawal dengan lebih berkesan.
Lalat biasanya perlu makan dalam linkungan 2 atau 3 kali sahaja dalam masa sehari. Lalat betina memerlukan makanan berupa protein lebih daripada lalat jantan kerana ia perlu untuk proses perkembangan telurnya.
Persekitaran yang lalat suka cari makan
lalat amat suka kepada persekitaran atau permukaan yang gelap. Biasanya warna kegemaran lalat adalah warna hitam atau merah tua. Oleh itu jika anda buka kedai makan atau memasang tudung meja, jangan jadikan warna gelap terutamanya merah tua dan hitam sebagai plihan.Jika permukaan atau persekitaran sesuatu tempat itu cerah dan berkilat, biasanya lalat akan menjauhkan diri. Lalat juga tak suka pada permukaan yang memantulkan cahaya. Jadikan ciri-ciri ini sebagai pilihan jika anda tinggal di kawasan yang banyak lalat.
Biasanya lalat akan berehat pada keadaan suhu antara 35 hingga 40 darjah celcius. Pergerakan lalat amat dipengaruhi oleh keadaan cuaca, kepanasan, kelembapan, suasana atau tekstur permukaan dan juga warna. Jika kita faham semua keadaan ini, kita akan mampu menghalang serangan lalat.
Demikianlah sedikit sebanyak maklumat berkenaan tabiat makan lalat. Jika anda ada masalah berkenaan serangan lalat, lipas, semut, anai-anai, atau tikus, boleh berhubung dengan Puan Siti 016-261 2054. Dapatkan pemeriksaan percuma dan sebut harga untuk masalah anda.
No comments:
Post a Comment