Adakah anda kenal jenis-jenis nyamuk di persekitaran anda?, negara kita memang ada banyak nyamuk terutamanya di kawasan yang ada banyak punca air dan juga tumbuh-tumbuhan. Samada kita berada di luar bandar maupun di dalam bandar, nyamuk pasti datang untuk menghisap darah mangsanya.
Jika kita sentiasa berada di dalam bangunan besar yang berhawa dingin, mungkin tidak terasa akan kehadiran nyamuk ini. Tetapi apabila kita keluar dan berada di kawasan luar seperti di kedai makan yang terletak berhampiran sungai umpamanya, kehadiran naymuk cukup terasa.
Bagi kebnayakan orang semua nyamuk sama sahaja. Bagi sesetengah orang pula dia lebih peka dengan melihat tabiaat dan bentuk nyamuk yang datang menggitnya dan mampu membezakannya. Sekurangnya dapat membezakan adanya cara dan bentuk berbeza nyamuk yang sedang hinggap padanya. Cuma tak ramai yang mengenali jenis-jenis nyamuk yang ada di persekitarannya.
Kenali jenis-jenis nyamuk di persekitaran anda
Ada beberapa jenis nyamuk yang biasa berada di sekitar penempatan kita yang penting untuk di kenal pasti. Ianya penting kerana jenis-jenis nyamuk ini mampu membawa penyakit kepada manusia yang berada di sekelilingnya. Antaranya adalah seperti berikut:Nyamuk Aedes
Tak perlu diperkenalkan lagi jenis nyamuk ini kerana semua orang tahu betapa jumlah kematian disebabkan oleh demam denggi hasil daripada bawaan nyamuk Aedes sedang meningkat naik di negara kita.Hampir semua daripada kita tahu rupa bentuk nyamuk aedes ini hasil daripada aktiviti penerangan yang agresif dilaksanakan oleh kerajaan agar semua rakyat peka dan berusaha untuk mengawal jumlah pembiakan aedes.
Nyamuk Aedes aktif di waktu pagi dan petang untuk mencari mangsanya bagi dihisap darah. Kawasan pembiakannya pula biasanya ada di persekitaran penginapan kita di bekas-bekas buatan seperti tayar lama, tin kosong, bekas plastik dan lain-lain, yang terlindung daripada cahaya matahari.
Nyamuk Anopheles
Inilah nyamuk yang bertanggung jawab membawa penyakit Malaria. Penyakit ini amat digeruni satu ketika dahulu tetapi agak berkurangan sekarang.Nyamuk ini aktif di waktu malam untuk menghisap darah dan juga bertelur. Nyamuk anopheles biasanya membiak di kawasan air yang mengalir dan disinari matahari. Sebab itu nyamuk jenis ini ada banyak di kawasan hutan yang mana airnya sentiasa mengalir dan disinari matahari.
Nyamuk Mansonia
Nyamuk ini merupakan pemawa kepada penyakit Filariasis ataupun biasa dikenali sebagai penyakit untut. Jika anda tidak mahu kaki membengkat seerti kaki gajah, maka berhati-hatilah dengan gigitan nyamuk Mansonia ini dan berusahalah mengawal pembiakannya.Nyamuk Mansonia biasanya aktif dan bertelur di waktu malam. Dia membiak di kawasan air bertakung kekal yang terdapat tumbuhan aquatik terapung di dalam takungan air tersebut. Ini bagi membolehkan larva serta pupa melekatkan diri mereka pada tumbuhan aquatik di situ.
Nyamuk Culex
Nyamuk ini merupakan punca bawaan penyakit Filariasis dan juga Ensefalitis. Ensefalitis adalah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan berlakunya peradangan akut otak.Nyamuk Culex ini juga aktif dan bertelus pada waktu malam. Jika ada banyak nyamuk Culex di tempat anda berada, bermakna sistem saliran dan perparitan di kawasan tersebut tidak dijaga dengan sempurna dan tersekat serta tidak mengalir.
Nyamuk Culex membiak di kawasan air perparitan yang kotor dan tidak mengalir di sekitar kawasan perbandaran. Jika kita sering pergi makan atau minum di waktu malam di kawasan Ampang umpamanya, kedai-kedai makan yang terletak berhampiran parit besar atau sungai ada terlalu banyak nyamuk jenis Culex ini yang mengganggu pelanggan.
Demikianlah sedikit maklumat buat anda yang berminat mengetahui jenis-jenis nyamuk yang merbahaya yang ada di persekiran kita. Pastikan anda kenali jenis-jenis naymuk ini berdasarkan suasana persekitaran anda dan hapuskan tempat pembiakan mereka agar jenis-jenis nyamuk ini berkurangan.
No comments:
Post a Comment