Anai-anai yang kebanyakan orang ingat hanya satu jenis itu sebenarnya ada berbagai jenis. Bagi orang yang langsung tak ada idea membezakan antara berbagai serangga, mungkin mereka tak dapat membezakan antara semut dengan anai-anai.
Apabila seseorang itu cekap sedikit, dia akan tahu perbezaan antara anai-anai dengan semut umpamanya. Mengetahui perbezaan antara anai-anai dengan semut sebenarnya sudah cukip baik untuk para pengguna yang mahu selamatkan premis atau rumah mereka daripada dirosakkan oleh makhluk perosak yang makan kayu itu.
Kadangkala seseorang yang hanya tahu membezakan antara serangga anai-anai dengan semut juga tidak mencukupi. Ini kerana maklumat yang tidak cukup itu kadang kala menyusahkan dirinya sendiri dan ada kalanya menyusahkan para pekerja yang melakukan kerja membenteras anai-anai untuknya.
Ada berbagai jenis anai-anai
Mengenali anai-anai di ikuti dengan pengetahuan terhadap jenis-jenis anai-anai yang berbeza dapat membantu seseorang untuk tidak mudah panik terhadap serangan anai-anai di premis serta di persekitarannya.Dengan pengetahuan yang mencukupi itu juga dapat mengelakkan pembohongan oleh pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak yang tidak bertanggung jawab. Ilmu itu juga dapat mengenal pasti mana satukah pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak yang tulis dan berpengetahuan dan mana satu yang tidak.
Untuk pengetahuan pembaca, ada 3 jenis anai-anai utama yang sering kita berhadapan dengan mereka. Yang pertama adalah anai-anai kayu kering yang merosakkan perabut kita atau peralatan berasaskan kayu lain. Dan satu jenis lagi adalah anai-anai yang dipanggil anai-anai bawah tanah dan terakhirnya adalah anai-anai busut.
Anai-anai bawah tanah dan anai-anai busut
Anai-anai jenis ini berkait rapat dengan tanah. Mereka membuat sarang dengan menggunakan tanah dan sering merayap samada di celahan konkrit atau rekahan simen atau konkrit pada bangunan.Kebiasaannya mereka akan membawa tanah yang lembab masuk ke dalam bangunan di sepanjang laluan mereka bagi membentul lorong gelap khas untuk laluan koloni mereka.
Berikut adalah jenus-jenus anai-anai yang biasa kita temui di negara kita:
Jenis Anai-anai Coptotermes
Jika premis atau rumah anda di serang anai-anai atau jika pokok sekeliling rumah anda di serang anai-anai, berkemungkinan besar ia adalah dari species anai-anai ini.
- Anai-anai dari species Coptotermes ini bersarang di bawah tanah dan telah banyak melakukan kerosakan dan menyebabkan kerugian yang banyak pada penduduk Malaysia.
- Kawalan anai-anai jenis ini amat berkesan dengan menggunakan sistem pengumpanan atau penggunaan racun cecair bancuhan yang biasa di pasaran.
Jenis anai-anai Globitermes Sulphureus
Species anai-anai ini bersarang dengan membina busut yang kadangkala boleh mencapai ketinggian 1.5 meter tinggi.
- Ia agak jarang kita temui berbanding species Coptotermes di atas. Untuk mengenalinya mudah sahaja, badannya pekerja anai-anai ini berwarna kuning yang boleh dilihat dengan jelas. Apabila mereka diganggu, askarnya yang berkepala besar akan mengeluarkan sejenis getah yang berwarna kuning.
- Jenis ini biasanya menyerang pkok kelapa dan juga pokok kelapa sawit dan sekali sekala menyerang struktur kayu rumah anda.
- Untuk pengawalan yang berkesan terhadap anai-anai ini, racun serangga dari bahan Imidacloprid amat berkesan. Penggunaan sistem pengumpanan adalah tidak berapa berkesan untuk mengawal anai-anai jenis ini.
Jenis anai-anai Macrotermes
Ini satu lagi jenis anai-anai yang membina sarang dengan membuat busut dari tanah. Busut mereka juga adakalanya boleh mencapai ketinggian 2 meter.
- Biasanya mereka makan kayu kering. Tetapi mereka juga makan rumput kering dan tumbuhan kering yang lain.
- Ada berbagai jenis berbeza pula dari species ini dan mereka berbeza dari segi saiz sahaja. Ada yang kecil dan ada juga yang besar.
- Kebiasaannya anai-anai jenis ini jarang mendatangkan ancaman kepada kita. Mereka amat jarang menyerang premis atau struktur kayu yang ada pada rumah kita.
Jenis anai-anai Odontotermes
Jenis anai-anai ini pula bersarang di bawah tanah dan biasanya tidak membina busut. Mereka biasanya menjadikan akar pokok kayu sebagai bahan makanan. Kadang kala serangan anai-anai ini pada pokok boleh membuatkan pokok mati.
- Askar-askar dari jenis species ini tidak mengeluarkan getah jika diganggu. Biasanya kepala askar yang besar dari jenis ini berwarna perang.
- Gambar yang ada di atas adalah gambar anai-anai dari species ini dan diambil dari sumbernya di sini.
Jenis anai-anai Schedorhinotermes
Ini juga merupakan satu lagi species anai-anai yang bersarang di bawah tanah. Mereka biasanya suka membuat sarang ke kawasan tunggul kayu samada di kawasan pokok yang hidup ataupun di kawasan pokok yang dah mati.
- Anai-anai ini amat pemalu dan mudah beredar ke kawasan lain apabila mereka diganggu. Aktiviti mereka biasanya licik dan jarang meninggalkan banyak kesan tanah. Oleh itu rawatan dan kawalan mereka agak sukar kerana bila diganggu mereka akan pindah untuk menyerang kawasan kayu di tempat lain pula.
- Anai-anai ini amat suka pada kawasan yang lembab. Oleh itu jika kawasan rumah anda seperti di sekitar perkampungan adalah lembab, kemungkinan mandapat masalah daripada anai-anai ini adalah besar.
Demikianlah serba sedikit maklumat berkenaan anai-anai yang perlu anda tahu. Selepas ini soalan yang perlu ditanya adalah, anai-anai jenis apakah yang serang rumah anda...?
No comments:
Post a Comment