Thursday, May 8, 2014

Senarai buah paling banyak kandungan racun serangga

  Mohd Shubhi       Thursday, May 8, 2014
Senarai buah paling banyak kandungan racun serangga

Kita selalu juga beli buah-buahan yang diimpot dari luar negara. Tetapi kita tidak pernah ambil tahu samada buah yang kita beli daripada pasaraya atau pasar malam atau Chow Kit itu ada mempunyai banyak kandungan racun makhluk perosak di dalamnya atau tidak.

Kebiasaannya para petani terpaksa menggunakan racun makhluk perosak untuk membunuh atau mengawal serangan serangga dan makhluk perosak ke ladang mereka. Ini dapat menyelamatkan hasil tanaman daripada mengalami kerugian jika dimusnahkan oleh serangga atau makhluk perosak.

Menggunakan racun serangga dan makhluk perosak secara terkawal adalah perkara biasa dalam zaman moden ini. Kebanyakan petani akan menggunakan racun serangga dan makhluk perosak dalam kadar yang dibenarkan.

Jenis racun serangga dan makhluk perosak juga biasanya digunakan berdasarkan jenis yang dibenarkan sahaja oleh pihak berwajib. Ada jenis dan kadar tertentu yang perlu dipatuhi oleh petani untuk memastikan manusia tidak mendapat masalah akibat dari salah guna racun serangga dan makhluk perosak.

Buah paling banyak racun serangga

Namun begitu, walau sedikit mana pun kandungan racun serangga dan makhluk perosak yang kita makan, ia tetap membawa kesan yang negatif terhadap kesihatan kita dalam jangka masa panjang.

Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kita akan terutamanya buah-buahan, yang mengandungi racun serangga dan makhluk perosak, mampu membuatkan daya ketahanan tubuh badan kita menjadi lemah.

Sistem immunisasi manusia akan lemah dan virus akan aktif merosakkan kesihatan tubuh badan kita akibat daripada penggunaan racun serangga dan makhluk perosak.

Sebuah badan yang membuat kajian terhadap kesihatan, The Enviromental Working Group, telah membuat ujikaji bgi mengukur tahap kandungan racun serangga dan makhluk perosak pada 32 ribu jenis buah-buahan yang dipasarkan di Amerika.

Berikut adalah senarai buah-buahan yang paling banyak tercemar dengan kendungan racun serangga dan makhluk perosak:

  1. Buah epal
  2. Buah strawberi
  3. Buah anggur
  4. Daun saderi
  5. Buah pic
  6. Sayur bayam
  7. Cabai loceng (Cili sayur yang besar dan manis)
  8. Buah Nectarin
  9. Buah timun
  10. Buah tomato ceri
  11. Kacang parang
  12. Ubi kentang

Senarai buah paling banyak racun di Malaysia

Sebelum ini persatuan pengguna Pulau Pinang ada mengeluarkan senarai bahan-bahan makanan dan buah-buahan yang mengandungi racun serangga dan makhluk perosak untuk maklumat pengguna.

Tapi rasanya tidak ada lagi satu usaha untuk mendapatkan bacaan kandungan racun serangga pada buah-buahan yang ada di pasaran negara kita secara berkala. Kalau ada tentu lebih baik untuk para pengguna.

Bagi pengguna yang mahu selamatkan diri mereka daripada terdedah dengan racun serangga pada buah-buahan ini, bolehlah mendapatkan buah yang ditanam secara organik. Insyaallah lebih selamat dan baik untuk kesihatan anda.

Bagi yang tak ada pilihan, terpaksalah menelan sahaja semua buah walaupun ada racun serangga, apa nak buat!. Tapi mungkin selepas beli elok direndam terlebih dahulu dengan air secukupnya agar dapat dibersihkan buah tersebut.



logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Senarai buah paling banyak kandungan racun serangga

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment