Monday, June 9, 2014

Bagaimana membuat bancuhan racun makhluk perosak

  Mohd Shubhi       Monday, June 9, 2014
Bagaimana membuat bancuhan racun makhluk perosak

Jika anda menggunakan khidmat syarikat kawalan serangga dan makluk prosak bagi mengawal anda dan keluarga daripada masalah yang didatangkan oleh serangga dan makhluk perosak, anda tentu pernah melihat bagaimana pekerja syarikat pest control tersebut membuat campuran racun.

Biasanya racun makluk perosak yang digunakan oleh syarikat pest control profesional, dibotolkan secara pekat dan perlu dibancuh terlebih dahulu. Rumusan yang ada di dalam botol tersebut merupakan campuran bahan lengai dan juga bahan aktif yang berupa racun yang boleh membunuh makhluk perosak.

Sebelum menggunakan racun makhluk perosak itu, para pengendali pest control perlu mencampurkan sedikit bahan racun bersama dengan air ataupun minyak tanah atau minyak diesel. Campuran racun dengan bahan pelarut itulah yang akan digunakan untuk aktiviti penyemburan atau lain-lainnya bagi mengawal serangga dan makhluk perosak di premis anda.

Lihat bagaimana racun makhluk perosak dicampur

Untuk memastikan para pekerja syarikat pest control yang anda bayar itu cekap dan tahu membuat kerja dengan selamat, eloklah diperhatikan bagaimana mereka melakukan aktiviti campuran racun makhlk perosak. Anda tak perlu memantau selalu, cukup sekadar sekali sekala untuk pastikan anda dilindungi oleh mereka yang arif dalam urusan kerja mereka.

Berikut beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan dalam proses membuat bancuhan, mencampur dan mengisi racun makhluk perosak untuk kegunaan seterusnya:

  1. Pastikan kadar pencairan yang disyorkan seperti mana di label racun makhluk perosak itu dipatuhi.
  2. Pastikan alat sukatan yang betul digunakan. Gunakan jag bersengat bagi cecair atau penyedok untuk serbuk. Pastikan alat-alat penyukat itu disediakan terlebih dulu sebelum membuat campuran.
  3. Jika racun adalah cecair pekat, sukat jumlah yang diperlukan dengan sukatan. Pastikan tangki diisi dengan air sedikit terlebih dahulu sebelum racun yang disukat tadi dicampur ke dalamnya.
  4. Jika racun merupakan serbuk, elok dicampur terlebih dahulu dan kemudiannya barulah dituangkan ke dalam tangki.
  5. Tuang produk racun dengan cara yang berhati-hati dan elakkan sama sekali percikan atau tumpahan.
  6. Gunakan air bersih dan jika perlu tapis terlebih dahulu jika ada sebarang serpihan di dalam air yang mahu digunakan.
  7. Kacau dengan alat yang sesuai. Elakkan menggunakan kayu kerana kadang kala bahan kayu meninggalkan serpihan yang mampu membuatkan tangki tersumbat.
  8. Elakkan pencemaran kulit. Jika terkena juga, basuh dengan air yang banyak dengan kadar segera. Baca nasihat keselamatan dari label dan patuhi segala arahannya.
  9. Selepas menggunakan, pastikan segala peralatan di basuh terlebih dahulu.
  10. Jangan gunakan peralatan membancuh untuk lain-lain tujuan/ Khaskan peralatan membancuh hanya untuk aktiviti itu sahaja.
  11. Pastikan peralatan perlindungan diri yang sesuai digunakan oleh para pekerja:
    1. Memakai sarung tangan yang tahan bahan kimia
    2. Memakai pelingdung mata seperti Gogal atau memakai pelindung muka
    3. Memakain alat pernafasan yang sesuai jika membancuh serbuk, debu atau wap
    4. Memakai baju luar yang mampu melindungi kulit.
Sikap acuh tak acuh para pekerja terhadap tatacara keselamatan melambangkan tahap kepakaran mereka terhadap kerja yang dilakukan. Oleh itu perhatikan bagaimana mereka melaksanakan kerja-kerja mereka dan anda boleh nilai tahap kepakaran mereka dana kerja mengawal serangga dan makhluk perosak.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana membuat bancuhan racun makhluk perosak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment