Wednesday, June 25, 2014

Cara kawal lipas yang selamat

  Mohd Shubhi       Wednesday, June 25, 2014
teknik kawalan lipas selamat

Apa perasaan anda bila mengambil gelas minuman di rumah yang diisikan air suam lalu diletakkan ke bibir untuk minum, tiba-tiba ada bau lipas pada gelas tersebut?

Tentu ini tidak menyenangkan bukan?, apa yang anda buat? adakah meneruskan hasrat untuk minum air itu atau membuangnya?.

Biasanya, saya akan membuang air itu dan membilas terlebih dahulu gelas yang sedang dipegang sebelum diisi semula dengan air lain untuk diminum.

Satu lagi cara yang lebih selamat adalah dengan mencium terlebih dahulu gelas kosong sebelum menuang apa-apa air minuman ke dalamnya.

Ada banyak kali juga saya menghidup gelas-gelas yang disediakan di hotel atau restoran yang ada bau lipas. Ini menunjukkan ada serangan lipas yang teruk pada hotel atau restoran tersebut. Oleh itu berhati-hati jika anda menggunakan gelas di hotel atau restoran. Cium dahulu baunya sebelum terus isi air.

Kenapa anda perlu kawal lipas

Ada beberapa sebab penting yang perlu anda tahu agar aktiviti kawal lipas tidak dilepas pandang sebagai salah satu aktiviti penting dalam menguruskan rumah kediaman anda.


  1. Lipas boleh merosakkan atau dalam bahasa yang lebih tepat membuatkan kontaminasi makanan, peralatan makan, peralatan memasak dan lain-lain seumpamanya apabila lipas meninggalkan najis, kulit atau badan lipas yang mati.
  2. Ada orang yang tidak boleh tengok lipas. Dia akan rasa gerun dan tidak tahan. Ini dinamakan sebagai Entomofobia. Jika anda salah seorang daripada mereka, aktiviti kawal lipas sudah tentu adalah wajib.
  3. Menghilangkan bau lipas yang teruk. Sebagaimana yang saya sebutkan pada awal tadi, ada tempat yang berbau lipas dengan amat teruk. Jangan jadikan rumah kita sebagai salah satu daripada kawasan yang berbau lipas. ia memualkan dan anda akan dilabel sebagai pengotor.
  4. Ada orang yang alah terhadap lipas. Bahan ekstrak lipas boleh membuatkan orang itu menghadapi masalah kulit jika tersentuh dengannya. Ada juga yang boleh diserang asma jika mereka termakan alergen yang telah membuatkan makanan dikontaminasi.
  5. Mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh lipas. Tabiat lipas yang pengotor yang merayap pada berbagai tempat seperti najis dan seumpamanya membuatkan ia menjadi vektor penting pembawa penyakit. Jadi, aktiviti kawal lipas amat mustahak dilakukan di rumah anda samada suka atau tidak suka.

Cara selamat kawal lipas

Ada banyak cara untuk kawal lipas. Ada cara yang menggunakan racun yang mampu membunuh lipas tersebut. disini kita cuba amalkan cara paling selamat dalam usahawan kawal lipas di rumah.

Kawal lipas dengan jaga kebersihan

Ini adalah perkara paling asas dan paling utama untuk kawal lipas deengan cara yang selamat, mudah dan murah.

Sentiasa bersihkan rumah anda, buang semua sisa makanan. Sedut semua serbuk atau sisa makanan yang boleh jadi punca makanan untuk lipas. Pastikan rumah sentiasa kering dan bersih.

Jika semua itu dilakukan lipas akan kekurangan sumber makanan dan terpaksa keluar untuk mencari makananya. Bila mereka keluar dari tempat persembunyian, akan lebih mudah untuk terkena racun yang boleh membuatkan lipas mati.

Kawal lipas dengan Gel

Menggunakan gel untuk aktiviti kawal lipas adalah salah satu cara yang selamat. Gel hanya diletakkan ditempat tertentu di mana lipas didapati bersembunyi. Kuantitinya yang minimum juga membuatkan ianya tidak memberikan kesan merbahaya pada kita.

Pneggunaan gel adalah teknik umpan, dimana gel tersebut bertindak sebagai umpan untuk ditawarkan sebagai makanan pada lipas yang merayap. Sebagaimana yang saya sebutkan di atas tadi, jika rumah kita bersih, lipas terpaksa keluar dari tempat persembunyian untuk cari makan.

Oleh itu, jika kita letakkan gel berhampiran kawasan persembunyian mereka, mereka tak perlu keluar merayap jauh untuk menemui makana, iaitu gel beracun tersebut. Bila lipas makan gel itu, mereka akan mati.

Bila lipas mati termakan gel, rakan-rakannya akan jadikan lipas yang mati sebagai makanan. Mereka juga akan turut mati selepas memakan rakan mereka itu. Ini membuatkan kawalan lipas menjadi berkesan.

Tempat sesuai untuk menggunakan gel

Berikut tempat-tempat yang amat sesuai untuk kita menggunakan teknik pengumpanan dengan gel bagi aktiviti kawal lipas:
  1. Zoo
  2. Pusat jagaan kanak-kanak
  3. Bilik komputer
  4. Tempat penyediaan makanan
  5. Pusat perubatan
Peringatan!
Jika anda gunakan gel untuk kawal lipas, elakkan penggunaan semburan bersisa pada kawasan tersebut. Letakkan pada kawasan paling hampir dengan pusat pembiakan lipas dan letakkan dalam kuantiti atau titik kecil sahaja tetapi di banyak tempat.

Jika anda inginkan perkhidmatan kawal lipas secara profesional, hubungi syarikat pest control berdekatan di kawasan anda atau boleh hubungi Knockout Fumigation Sdn Bhd di 016-2062 542 
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara kawal lipas yang selamat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment