Thursday, June 12, 2014

Kumbang rokok atau kumbang tembakau

  Ano Nyme       Thursday, June 12, 2014
Kumbang rokok atau kumbang tembakau

Ada seorang kawan yang dah biasa membeli stok tembakau dari kampung secara pukal. Dia beli dan simpan untuk kegunaan sendiri. Kawan itu asalnya budak kampung yang kemudiannya berhijrah ke bandar. Oleh kerana dah biasa kat kampung, dia hanya hisap rokok daun, sejenis rokok yang menggunakan daun nipah untuk membalut tembakau jawa. (sumber gambar)

Setiap kali kawan itu balik ke kampungnya diutara semenanjung sana, dia tidak lupa membeli sedikit bekalan tembakau jawa bersama dengan daun rokok. Bagi meyimpan daun rokok agar tahan lama, dia akan bungkus daun rokok tersebut ke dalam plastik dan dimasukkan ke dalam peti ais.

Daun rokok yang dibuat begitu dapat bertahan lama dan tetap segar seperti daun baru. Daun rokok dibiarkan begitu dalam peti ais dan bila nak pakai, baru dikeluarkannya sedikit demi sedikit. Selagi ianya dibiarkan begitu, akan tahan berbulan-bulan asalkan tidak dikeluarkan dan didedahkan pada udara luar terutamanya cahaya matahari.

Untuk tembakau jawa pula, kawan saya akan membungkusnya dengan elok dan dimasukkan ke dalam plastik lalu disimpan di dalam almari pakaian. Biasanya suhu dan suasana dalam almari pakaian adalah redup dan sejuk sederhana yang amat sesuai untuk menyimpan tembakau.

Kumbang rokok membiak dalam tembakau

Ada sekali, dia telah membeli stok yang agak banyak dan di bawa balik ke Kuala Lumpur. Oleh kerana banyak maka akan mengambil masa yang agak panjang untuk dihabiskan. Jadi dibiarkannya tembakau jawa itu berada di dalam bekasnya di dalam almari pakaian.

Pada satu hari dia mahu mengambil sedikit tembakau bagi dimasukkan ke dalam celepanya untuk bekalan hisapan hariannya. Sebaik saja dibukanya plastik tembakau, kelihatan banyak serangga kecil berbentuk seperti kumbang kecil keluar dari plastik tembakaunya itu.

Selain dari kumbang, ada banyak juga telur dan benda lain seperti larva bertaburan di dalam plastik tembakau tersebut, lalau dia menelfon dan bertanya pada saya apakah bendanya itu...?

Maklumat tentang kumbang tembakau
Untuk maklumat pembaca, serangga yang kawan saya jumpa membiak di dalam tembakaunya di namakan Kumbang Rokok atau Kumbang Tembakau. Dalam bahasa saintifiknya di panggil sebagai Lasioderma Serricone.

Kumbang tembakau dewasa bersaiz antara 2 mm ke 2.5 mm dan berbentuk bulat. Biasanya berwarna coklat muda ke coklat kemerahan. Kumbang itu mempunyai sesunggut yang berukuran separuh dari saiz badannya dan kelihatan seperti gergaji bentuk sesunggut itu. Larva kumbang rokok berwarna putih.

Biasanya kumbang rokok atau kumbang tembakau itu terdapat di seluruh negara-negara tropika dan subtropika. Kumbang betina boleh menghasilkan sebanyak 110 biji telur. Kumbang ini mengambil masa selama 25 hari untuk berubah daripada peringkat telur menjadi dewasa.

Larva kumbang rokok akan aktif sebaik saja menetas dari telusnya. Dia akan mengorek ke sana sini untuk mencari makan. Larva bergerak dan mengorek di tempat yang longgar dan tidak padat. Selepas larva bertukar menjadi pupa dan akhirnya menjadi dewasa, kumbang tembakau dewasa akan kekal selama 2 ke 6 minggu untuk hidup dan kumbang rokok dewasa tak makan.

Bahaya kumbang rokok

Kumbang rokok atau tembakau ini amat tinggi bahayanya terutamanya terhadap barang simpanan yang bernilai tinggi. Kumbang rokok akan merosakkan bahan simpanan seperti tembakau atau makanan yang diproses seperti serbuk koko.

Yang menariknya adalah hanya larva sahaja yang aktif makan, bila dia bertukar menjadi dewasa, kumbang rokok akan berhenti kakan. Larva akan makan dan merosakkan berbagai bahan simpanan makanan seperti buah-buahan kering, bijirin, halia kering, tepung sagu, kek minyak, oilseed dan lain-lain lagi seumpamanya.

Jika anda ada masalah dengan kumbang rokok atau kumbang tembakau ini, segera dapatkan rawatan dan kawalan segera daripada pakar. Hubungi perkhidmatan pest control profesional untuk kawalan kumbang rokok di stor simpanan anda sebelum terlambat dan kumbang tersebut menjadi punca kepada masalah perniagaan anda.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kumbang rokok atau kumbang tembakau

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment