Tuesday, July 8, 2014

Harapan untuk hapuskan masalah Malaria

  Mohd Shubhi       Tuesday, July 8, 2014
Harapan untuk hapuskan masalah Malaria

Para penyelidik yang berusaha menyelesaikan masalah penyakit Malaria kini menaruh harapan pada satu teknik untuk menghapuskan masalah malaria.

Penyakit Malaria merupakan penyakit bawaan nyamuk dan para pengkaji percaya bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah penyakit Malaria dengan menggunakan nyamuk juga.

Para penyelidik telah bertemu dengan satu teknik untuk menjadikan nyamuk yang mereka olah bertukar menjadi nyamuk yang hanya boleh menghasilkan 5% sahaja keturunan jantina betina.

Oleh kerana pembawa penyakit Malaria ini merupakan nyamuk betina, maka pengurangan baka betina terhadap nyamuk tersebut mampu mengurangkan masalah penyakit Malaria.

Kajian ini dilakukan di Imperial College dan kertas kerjanya telah disiarkan di dalam Journal Natural Communications.

Nyamuk yang telah diubah genetik tersebut perlu dilepaskan terlebih dahulu ke dalam kumpulan mereka dan diharap ia mula bersenyawa dengan nyamuk lain untuk mula melahirkan keturunan yang melahirkan 95% jantina jantan.

Walau bagaimanapun, para pengkaji masih tidak pasti samada nyamuk yang telah diubah genetiknya itu akan mampu bertahan dan hidup dalam keadaan semula jadi setelah dilepaskan kelak.

Malaria merupakan salah satu masalah utama penduduk dunia yang melibatkan antara 350 ke 500 juta penduduk dunia mengalami jangkitan penyakit ini setiap tahun.

Masalah malaria lebih kritikal terhadap kaum wanita yang mengandung dan juga pada kanak-kanak. Para saintis masih berusaha keras untuk cuba menghapuskan masalah malaria ini sejak dulu.

Sumber berita
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Harapan untuk hapuskan masalah Malaria

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment