Saturday, July 5, 2014

Kenali masyarakat anai-anai

  Mohd Shubhi       Saturday, July 5, 2014
Kenali masyarakat anai-anai

Anai-anai merupakan makhluk yang hidup secara bermasyarakat. Mereka tak boleh hidup secara bersendirian kerana mempunyai perbezaan kasta yang mana saling memerlukan antara satu kasta dengan kasta yang lain.

Kasta asas dalam satu koloni anai-anai biasanya terdiri daripada Permaisuri, Raja, Pekerja, Askar dan Kelkatu. Semua kasta di atas mempunyai tugasan masing-masing dan mereka saling bekerjasama dan bergantung antara satu dengan yang lain.

Kasta dalam masyarakat anai-anai

Berikut saya senaraikan kasta anai-anai dan sedikit penerangan tentang kasta tersebut dan kepentingannya dalam satu koloni ana-anai.

Anai-anai permaisuri

Dalam satu-satu koloni biasanya hanya terdapat satu sahaja anai-anai permaisuri. Kerjanya hanya untuk membiak dan melahirkan lebih banyak lagi ahli-ahli lain dalam koloni tersebut.

Anai-anai permaisuri tinggal pada satu tempat khas di dalam sarang anai-anai dan tidak ke mana-mana melainkan membiak sahaja. Biasanya saiznya amat besar berbanding saiz anai-anai jenis yang lain.

Anai-anai raja

Anai-anai raja juga terdapat hanya seekor seperti anai-anai permaisuri. Anai-anai raja dan anai-anai permaisuri sama-sama berfungsi sebagai penambah ahli baru dalam kumpulan anai-anai.

Anai-anai pekerja

Anai-anai pekerja merupakan kasta yang paling banyak terdapat dalam satu-satu koloni anai-anai. Mereka bertugas untuk mencari dan mengumpulkan bahan makanan kepada keseluruhan koloni anai-anai.

Anai-anai pekerja juga bertugas untuk memberikan makanan kepada kasta-kasta lain dengan memuntahkan makanan. Mereka akan menyuap makanan kepada para askar, pada anai-anai permaisuri dan juga anai-anai raja.

Anai-anai pekerja juga bertugas sebagai kumpulan yang bertanggung jawab dalam urusan pembinaan dan kerja-kerja membaiki struktur sarang dan juga landasan yang digunakan oleh keseluruhan koloni anai-anai.

Anai-anai askar

Anai-anai askar ini kerjanya adalah mempertahankan sarang dan keseluruhan koloni daripada serangan musuh. Antara musuh anai-anai adalah semut.

Anai-anai askar mempunyai rahang yang besar. Ia mampu mengeluarkan cecair yang melekit atau semburan bahan kimia bagi mempertahankan koloninya. Biasanya kepala anai-anai askar lebih besar dan berwarna coklat gelap.

Kadang kala, anai-anai askar mempunyai dua saiz berbeza. Begitu juga dengan anai-anai pekerja. Jika mereka ada dua saiz berbeza, yang besar dinamakan sebagai anai-anai askar major dan yang kecil minor.

Anai-anai kelkatu

Anai-anai kelkatu merupakan kasta anai-anai yan g mempunyai sayap. Mereka bersedia untuk membiak dan membentuk koloni anai-anai baru. Mereka akan terbang keluar dari sarang dengan banyak serentak apabila keadaan cuaca sesuai.

Setelah keluar dari sarang, kelkatu betina dan kelkatu jantan akan berpasangan untuk membiak dalam persekitaran yang sesuai. Mereka akan membuang sayap yang ada daripada badan. Mereka akan menggunakan tempat seperti kayu yang reput dan lembab untuk membiak.

Kelkatu betina akan menjadi permaisuri. Dia pada mulanya akan memberi makan pada nimfa yang menetas dari telus yang dihasilkannya sehinggalah mereka matang dan membesar menjadi anai-anai pekerja dan anai-anai askar.

Selepas nimfa terebut membesar dan matang dan menjadi pekerja, mereka pula yang akan mengambil alih tugasan mencari makan, memberi makan dan lain-lain tugasan untuk membesarkan koloni.

Jika premis anda diserang anai-anai, pastikan anda dapatkan perkhidmatan syarikat pest control yang bertauliah di kawasan tempat anda tinggal. Atau anda boleh menghubungi:

  • 11A, Jalan Opera U2/K, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor DE
    • Tel: 03-7846 6722
    • Fax: 03-7846 6721
    • H/P: 016-206 2542
  • Sales Contact
    • Ridwan: 016-206 0136
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenali masyarakat anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment