Wednesday, July 9, 2014

Maklumat terkini wabak denggi melanda negara

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 9, 2014
Maklumat terkini wabak denggi melanda negara

Negara kita sedang dilanda wabak penyakit demam denggi!. Ini satu berita buruk dan perlu perhatian daripada semua warga negara Malaysia dan juga warga negara asing. Semua orang perlu bekerjasama menghapuskan punca pembiakan nyamuk Aedes dengan segera dan dilakukan dengan istiqamah. sumber gambar

Menurut kementerian kesihatan, kes denggi telah menjadi wabak merbahaya dengan kes yang dilaporkan semakin meningkat dari hari ke hari. Jumlah kematian bulan jun sebelum ini berjumlah 85 orang telah meningkat kepada 87 orang sekarang.

Data akhir pada hari ahad 6hb July 2014 yang lalu mencatatkan sebanyak 46,681 kes. Ini merupakan peningkatan sebanyak 246% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Jumlah kematian seramai 87 orang pula bersamaan dengan peningkatan sebanyak 222% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Taburan kawasan hitam wabak denggi

Terdapat sebanyak 93 lokasi yang menjadi kawasan hitam tempat berlakunya wabak denggi. Dan 90% daripada lokasi tersebut berada di kawasan negeri Selangor dengan daerah Petaling menjadi kawasan paling tinggi menghadapi wabak denggi.

Carta wabak denggi mengikut negeri


  1. Selangor - 26,441 kes
  2. KL/Putrajaya - 4,007 kes
  3. Perak - 2,956 kes
  4. Kelantan - 2,898 kes
  5. Johor - 2,632 kes
  6. Negeri Sembilan - 2,360 kes

Carta kematian akibat wabak denggi mengikut negeri

  1. Selangor - 36 kematian
  2. Johor - 14 kematian
  3. KL/Putrajaya - 7 kematian
  4. Perak - 7 kematian
  5. Kelantan - 4 kematian
  6. Kedah - 4 kematian
  7. Melaka - 4 kematian
  8. Negeri Sembilan - 3 kematian
  9. Pulau Pinang - 3 kematian
  10. Sabah - 2 kemtaian
  11. Sarawak - 2 kematian
  12. Terengganu - 1 kematian

Waspada dengan wabak denggi

Kita semua perlu berwaspada dengan situasi wabak denggi ini dengan megambil langkah berjaga-jaga. Pastikan anda dan keluarga berada di dalam rumah pada waktu petang selepas jam 6 petang dan elakkan berada di kawasan luar ketika pagi antara 6.30 ke 9.30 pagi.

Ambil langkah untuk bersihkan semua tempat yang bertakung seperti bakul, tayar, bekas tin atau lain-lain lagi terutamanya di kawasan teduhan seperti dibawah pokok atau kawasan redup yang lain.

Segera dapatkan pemeriksaan jika mengalami demam panas secara tiba-tiba dengan rasa sakit pada sendi dan tidak bermaya. Pastikan anda buat ujian darah untuk pemeriksaan denggi. Jangan ambil ringan dengan wabak denggi ini kerana demam denggi tidak punyai penawar buat masa ini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Maklumat terkini wabak denggi melanda negara

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment