Saturday, July 19, 2014

Pest control haram bunuh 14 ekor kuda

  Anonyme       Saturday, July 19, 2014
Pest control haram bunuh 14 ekor kuda

Sebanyak 14 ekor kuda mati disebabkan khidmat pest control haram yang tidak berlesen. Itulah yang berlaku di Myalup, Australia apabila mereka yang tidak berlesen diberikan kerja untui membuat rawatan terhadap serangan serangga dan makhluk perosak.

Seorang pengusaha perkhidmatan pest control diberikan kerja untuk merawat sebuah Silo makanan kuda di sebuah kawasan di sana. Setelah melepaskan gas beracun pada makanan kuda tersebut, pengusaha pest control haram itu memberikan maklumat bahawa makanan sudah boleh digunakan walaupun rawatan atau gas baru saja dikenakan.

Sudah tentu akibatnya adalah sebanyak 14 ekor kuda mati kerana terkena racun berbisa. Setiap rawatan sebegitu terhadap makanan biasanya mengambil masa antara 10 ke 14 hari sebelum kesemua makanan yang dirawat dapat digunakan dengan selamat.

Pengusaha perkhidmatan pest control haram tidak berlesen tersebut dikenakan denda sebanyak $5,000 Aussies sebagai pengajaran kerana mengendalikan kerja-kerja pest control tanpa tauliah dan tidak berlesen. Sumber berita di sini.

Pastikan anda tak guna pest control haram

Kesemua kerja yang dilakukan oleh para pekerja dari syarikat pest control merupakan kerja-kerja terlatih dan merbahaya. Ia melibatkan keselamatan pekerja itu sendiri, keselamatan pengguna lain, keselamatan alam dan haiwan sekeliling.

Oleh itu membiarkan mereka yang tidak terlatih dan tidak bertauliah adalah satu risiko yang tinggi untuk dicuba. Pastikan anda menggunakan perkhidmatan pest control yang berlesen, bertauliah dan terlatih untuk kerja-kerja kawalan serangga perosak di premis anda.

Ramai orang yang mahu jimatkan kos menggunakan khidmat syarikat pest control dengan mengambil khidmat pekerja atau syarikat haram tidak berlesen. Mereka sanggup untuk jimatkan hanya beberapa puluh ringgit semata-mata untuk mengambil risiko tinggi yang merbahaya, jangan jadi begitu. Jagalah dan utamakan keselamatan anda.

Mengesan syarikat Pest control haram di Malaysia

Di negara kita, semua syarikat yang menjalankan kerja-kerja pest control di premis orang lain samada individu atau organisasi perlu punyai lesen. Syarikat pest control bertauliah mestilah ada lesen-lesen berikut:

  1. PCO - Pest control operators
  2. PAL / APAL - Pesticide applicator license / Assistant pesticide applicator license
  3. Lesen menyimpan dan menjual racun serangga dan makhluk perosak.

Oleh itu semaklah syarikat yang anda hubungi untuk pastikan syarikat pest control tersebut ada kesemua kelayakan yang disebutkan diatas. Utamakan keselamatan anda adalah satu pelaburan yang amat berbaloi.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pest control haram bunuh 14 ekor kuda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment