Wednesday, August 27, 2014

Guna lumpur sebagai bahan kawalan serangga perosak

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 27, 2014
Guna lumpur sebagai bahan kawalan serangga perosak

Lumpur ada banyak kegunaannnya di negara kita. Tanah liat yang merupakan sebahagian daripada jenis lumpur sudah biasa digunakan dalam industri pembuatan berbagai bahan binaan dan juga peralatan dapur serta rumah.

Bagi orang Islam, lumpur dah terkenal sebagai salah satu bahan untuk melaksanakan aktiviti samak. Orang Islam bermazhab Shafie mewajibkan diri mereka menyamak anggota atau peralatan yang terkena najis berat seperti khinzir, anjing atau keturunan daripadanya.

Tapi pernahkah anda dengar penggunaan lumpur sebagai bahan untuk mengawal serangan serangga perosak di dalam industri pertanian?

Kajian penggunaan lumpur sebagai bahan kawalan serangga perosak di Universiti Queensland

Universiti di Queensland sekarang ini sedang kembangkan kajian mereka terhadap penggunaan bahan lumpur sebagai bahan kawalan serangga perosak.

Dengan kejayaan mengembangkan teknik ini, para petani dapat satu lagi alternatif yang boleh dijadikan bahan kawalan serangga untuk mengelakkan penggunaan bahan kimia.

Bahan kimia walaupun berguna dan sudah biasa dijadikan bahan kawalan serangga perosak, ia tetap menjadi salah satu daripada bahan yang merbahaya terhadap kehidupan manusia.

Molekul membunuh serangga perosak di dalam lumpur

Lumpur digunakan sebagai bahan lengai untuk dimasukkan molekul yang mampu bertindak membunuh serangga perosak dan juga virus.

Jika molekul disembur secara terus pada tumbuhan dan kawasan pertanian, ia tidak dapat kekal lama dan bertahan untuk jangkamasa yang panjang. Oleh itu ianya tidak berkesan dalam aktiviti mengawala serangga perosak.

Oleh itu bagi mengatasi masalah tersebut, molekul pembunuh virus dan serangga perosak dimasukkan ke dalam lumpur dan membentuk beberapa lapisan di dalamnya sebagai bahan yang bersedia untuk membunuh serangga perosak dan virus.

Molekul yang terperangkap dalam lumpur tersebut akan dapat bertahan dan keluar secara berkala selama 6 ke 8 minggu. Ini menjadikan ianya amat berkesan untuk mengawal serangga perosak dan virus penyakit tumbuhan pertanian.

Kajian yang dijalankan terhadap tumbuhan seperti kekacang, tomato, cabai dan jagung di dalam rumah hijau didapati berkesan.

Kini para pengkaji akan melakukan kajian lapangan di dalam ladang kecil sebagai lanjutan daripada kajian penggunaan lumpur sebagai bahan mengawal serangga perosak dan virus penyakit tumbuhan.

Kajian ini dilakukan oleh beberapa orang saintis dan diantaranya ialah associate professor Neena Mitter dan juga associate professor Zhi Ping Xu. Kajian dibiayai oleh Bill and Melinda Gates Foundation.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Guna lumpur sebagai bahan kawalan serangga perosak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment