Monday, August 18, 2014

Kes demam denggi meningkat 7 kali ganda di Kelantan

  Mohd Shubhi       Monday, August 18, 2014
Kes demam denggi meningkat 7 kali ganda di Kelantan

Kes demam denggi nampaknya turut melanda negeri Kelantan. Kes demam denggi di Kelantan telah meningkat sebanyak 7 kali ganda pada tahun ini berbanding pada tahun lepas.

Pada tahun 2013, tiada kematian dicatatkan yang disebabkan oleh kes demam denggi. Tapi pada tahun ini saja sejak 7 bulan yang lalu, Kelantan telah mencatatkan seramai 7 kematian.

Mengikut statistik pada tahun 2013, Kelantan hanya mencatatkan kes demam denggi sebanyak 756 kes sahaja. Data statistik pada tahun ini dalam tempoh hanya 7 bulan, kes demam denggi telah dicatatkan sebantak 5,367 kes.

Peningkat tersebut menunjukkan kes demam denggi telah naik mendadak sebanyak 7 kali ganda berbanding tahun lalu. Itupun baru hanya 7 bulan berlalu dan kemungkinan untuk kes demam denggi terus meningkat adalah amat tinggi.

Kes demam denggi meningkat, Hospital tak muat

Akibat daripada peningkatan kes demam denggi yang luar biasa itu, kesan paling ketara boleh dilihat kepada keadaan hospital di seluruh Kelantan.

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) terpaksa mewujudkan kerjasama dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini bagi mengatasi masalah kekurangan tempat untuk pesakit demam denggi. sumber gambar

Jumlah katil yang ada sekarang nampaknya tak cukup untuk menampung jumlah pesakit yang meningkat secara amat mendadak. Hospital di Kelantan terpaksa merawat seramai purata 180 pesakit ke s demam denggi dalam masa satu hari.

Sehingga hari ini seramai 174 pesakit ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan daripada jumlah tersebut seramai 22 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bilangan kes di hospital daerah turut meningkat tetapi ditahap yang terkawal. Hospital daerah Tumpat merupakan bilangan kes yang kedua tertinggi selepas Kota Baharu iaitu seramai 12 pesakit.

Menurut Dr Ghazali Hasni yang merupakan Pengarah di Hospital Raja Perempuan Zainab II, pihaknya terpaksa mendapatkan kakitangan termasuk doktor dan jururawat di jabatan lain hospital itu untuk bertugas di jabatan perubatan bagi membantu merawat pesakit demam denggi.

"Lebih kurang empat atau lima orang daripada satu jabatan akan bertugas secara berkala dan ditukarkan setiap dua minggu," katanya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kes demam denggi meningkat 7 kali ganda di Kelantan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment