Saturday, August 2, 2014

Pasang app pada handphone halau nyamuk

  Mohd Shubhi       Saturday, August 2, 2014
Pasang app pada handphone halau nyamuk
Masalah nyamuk banyak memang amat terasa sekarang di negara kita. Mana-mana saja kita pergi nyamuk memang ada banyak. Kalau tempat tersebut berdekatan dengan kawasan longkang atau kawasan bertumbuhan, jumlah nyamuk akan bertambah banyak.

Di taman-taman perumahan nyamuk yang dulunya ada tapi tak berapa banyak jumlahnya, kini nampak macam tak terkawal pula jumlahnya. Semakin kita sembur dengan aerosol, semakin banyak pula yang keuar.

Mungkin keadaan cuaca yang panas membuatkan pembiakan nmaymuk menjadi lebih pantas dan mudah. Ada kemungkinan juga keadaan cuaca yang begitu panas sekarang membuatkan binatang yang jadikan nyamuk sebagai makanan mereka banyak yang mati. Jadi nyamuk membiak dengan pantas dan banyak sekali.

Cuba pasang app halau nyamuk

Jika anda sering keluar waktu petang atau waktu pagi di mana jumlah nyamuk yang keluar cari makan banyak di udara, anda perlu ada sesuatu untuk menghalau nyamuk dari menggigit.

Kalau anda yang tidur di rumah dan tak suka pasang ubat nyamuk untuk halau nyamuk, tentu bermasalah dengan suasana banyak nyamuk sekarang. Nak pasang kelambu, akan terasa panas bekuap dalam tidur pula. Jadi nak buat macam mana?.

Jangan risau!

Ada applikasi yang boleh dimuat turun dari internet yang mendakwa mampu menghalau nyamuk. Mereka menggunakan bunyi ultrasonik bagi menghalau nyamuk dari menghampiri anda.

Bunyi ultrasonik tersebut adalah bunyi tiruan binatang yang menjadikan nyamuk sebagai makanan mereka. Jadi secara logiknya nyamuk yang mendengar kehadiran binatang yang jadi musuh mereka akan melarikan diri.

App halau nyamuk berkesankah?

Ada yang kata applikasi halau nyamuk ini tidak berkesan. Tapi kalau anda nak cuba, tak salah bukan. Apa kata cuba dahulu. Manalah tahu kalau-kalau ianya berkesan untuk nyamuk di kawasan anda, tentu lebih mudah untuk tidur di waktu malam.

Applikasi yang paling popular dipanggil sebagai 'Anti Mosquito Sonic Repeller'. Anda hanya perlu taip nama tersebut untuk muat turun aplikasinya ke dalam telefon pintar yang anda ada.

Anda hanya perlu muat turun applikasi ini dan pasang di dalam rumah ketika mahu beradu di waktu malam. Moga-moga nyamuk akan lari dan anda akan tidur nyenyak. Selamat mencuba!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pasang app pada handphone halau nyamuk

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment