Sejenis semut yang berasal dari Asia yang dipanggil semut besar Asia atau lebih tepat lagi Semut Api telah dikesan di London. Semut besar atau semut api ini biasanya mudah tertarik pada kehadiran aliran elektrik.
Sebuah sarang yang penuh dengan semut api itu telah ditemui di sebuah rumah di London. Sarang yang besar tersebut sudah cukup untuk mendatangkan rasa risau penduduk di sana.
Untuk maklumat, semut api mula dikesan hadir di London pada tahun 2009. Sebanyak lebih kurang 35,000 ekor semut api ditemui bersarang di National Trust property, Gloucestershire.
Berikutan penemuan terbaru ini, para pakar khuatir ia sedang membiak dan mula melanda ke kawasan lain pula di England. Ini amat merisaukan.
Semut api suka pada letrik
Oleh kerana tabiat semut api ini yang nampaknya suka pada letrik, ia mendatangkan satu lagi masalah lain. Semut api akan merayap dan berkumpul pada soket dan peralatan eletrik lain yang mana akan berlaku litar pintas dan kemungkinan menjadi punca kepada berlakunya kebakaran.Semut pi ini juga nampaknya lebih tertarik kepada letrik berbanding kepada makanan. Mereka akan sanggup berjalan jauh semata-mata untuk mendapatkan kabel eletrik. Masalah akan timbul lagi apabila mereka nampaknya suka menggigit dan mengunyah bahan salutan pada kabel letrik itu.
Cabaran mengawal semut api
Menurut pengusaha perkhidmatan pest control di sana, semut api ini lebih mencabar untuk dikawal berbanding dengan semut jenis lain yang ada di sana.Semut api biasanya lebih tahan lasak berbanding semut-semut lain. Ini menyukarkan usaha untuk membenteras semut api.
Dengan merebak dan membiaknya semut api dari Asia di sekitar England, nampaknya ia menjadi satu lagi masalah serangga perosak di sana. Dan dalam masa yang sama ia bakal menjadi satu cabaran dan sumber perniagaan pada pengusaha pest control di England. sumber maklumat
No comments:
Post a Comment